Lim Teong Kim Anggap TMJ Individu Terbaik Selamatkan FAM

Lagenda bola sepak negara, Lim Teong Kim menganggap Tunku Mahkota Johor (TMJ) sebagai individu terbaik untuk menyelamatkan FAM – lapor Arena Harimau Malaysia menerusi mStar.

Individu tepat

Bagi Teong Kim, beliau merasakan TMJ adalah individu yang paling layak untuk mengemudi FAM dalam misi memberikan semula sinar kepada bola sepak negara.

Beliau adalah orang yang paling layak memegang jawatan presiden kerana TMJ tahu apa masalah atau isu yang ada dalam bola sepak negara.”

Menurut Teong Kim, TMJ adalah seorang individu yang sangat peka dengan masalah yang timbul dalam bola sepak negara.

“Saya pernah bertemu dengannya beberapa sebelum ini untuk berbincang mengenai situasi bola sepak negara kita, dan beliau amat sedar tentang masalah-masalah yang ada.”

Gambar: JOHOR Southern Tigers

Tak harap perubahan

Teong Kim bagaimana pun tidak mengharapkan akan ada perubahan dalam bola sepak negara.

Namun sebaliknya, beliau mengharapkan lembaran baharu dalam drama bola sepak negara ini sebaik sahaja TMJ mengambil alih tampuk pemerintahan di Kelana Jaya kelak.

“Saya tak mahu lihat perubahan, tetapi saya nak lihat satu babak baharu dalam bola sepak kita.”

“Bagi saya, TMJ pasti mahu menyaksikan bola sepak negara berjaya seperti mana yang baginda lakukan di Johor.”

Teong Kim berharap selepas ini sesiapa sahaja yang mengisi jawatan di FAM tidak akan menggunakan jawatan mereka di FAM untuk kepentingan peribadi.

TMJ bakal diangkat sebagai presiden baharu FAM selepas pencabarnya iaitu Tan Sri Annuar Musa menarik diri daripada bertanding sebagai presiden FAM semalam.

Baca juga: Manifesto TMJ Sempena Pemilihan Presiden FAM: Bola Sepak Adalah Milik Rakyat

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN