Pemain muda Paris Saint-Germain (PSG) tumpuan dunia yang baru berusia 18 tahun, Kylian Mbappe berjaya menjaringkan dua gol pada kunjungan menentang Angers yang menyaksikan kelabnya menang 5-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stade Raymond Kopa itu.
Dua jaringan yang dihasilkan Mbappe pada aksi ke-12 itu menjadikan beliau sebagai pemain termuda dalam tempoh 40 tahun berjaya menghasilkan 20 gol dalam saingan Ligue 1.
Mbappe membuka tirai jaringan buat PSG seawal minit ke-5 selepas beliau berjaya menyudahkan hantaran lintang dari Daniel Alves untuk jaringan pendahuluan perlawanan.
Beliau kemudiannya menutup koleksi jaringan PSG pada minit ke-84 apabila berjaya menggelecek penjaga gol tuan rumah untuk jaringan ke-5 buat PSG dan merupakan gol kedua peribadinya pada perlawanan ini.
Ketika ini Mbappe sudah menjaringkan 4 gol ketika bersama PSG, manakala pada musim 2016/17 bintang meningkat naik ini telah berjaya menghasilkan 16 gol buat AS Monaco yang merupakan juara Ligue 1 musim lalu.
Beliau mencipta rekod sebagai pemain termuda yang berjaya menjaringkan 20 gol dalam Ligue 1 dalam tempoh 40 tahun pada usianya yang baru sahaja menjangkau 18 tahun dan 10 bulan.
1 – Kylian Mbappe is the youngest player to reach 20 goals in Ligue 1 in the last 40 years (18 years & 10 months). Crack. pic.twitter.com/hs2PXvlGVL
— OptaJean (@OptaJean) November 4, 2017
Mbappe sebelum ini baru sahaja memecahkan rekod dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah apabila menjadi pemain berusia bawah 20 tahun pertama yang berjaya menghasilkan 8 gol dalam saingan berprestij Eropah itu.
Pada musim lalu beliau turut berjaya mencipta beberapa rekod jaringan sebagai penjaring termuda seperti pemain termuda yang menghasilkan 13 jaringan dalam tempoh 30 tahun dalam Ligue 1 dan juga menjadi pemain termuda yang meledakkan gol dalam aksi separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah, ketika itu AS Monaco bertemu Juventus.