Liga Thailand Kini Dilanda Skandal Rasuah

Liga Thailand menjadi kecoh apabila 5 pemain daripada pasukan Liga utama, 2 orang pengadil serta pengarah kelab adalah antara individu yang disiasat berhubung aktiviti mengatur perlawanan dalam skandal yang dilihat mengancam liga bola sepak domestik negara itu.

Mereka ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan selepas siasatan kira-kira setahun mendapati keputusan separuh masa dan masa penuh membabitkan sekurang-kurangnya empat pasukan utama Liga Perdana Thailand musim ini sudah diatur.

Seramai 12 individu dituduh `menerima wang atau pelbagai faedah untuk tewas perlawanan’ atau mempengaruhi pihak lain untuk kalah perlawanan atau memanipulasi keputusan, menurut kenyataan Persatuan Bolasepak Thailand (FAT).

FAT mendedahkan butiran siasatan, selepas beberapa hari kempen bola sepak domestik berakhir.

Menurut laporan akhbar Bangkok Post, empat pemain kelab Navy FC ditahan merangkumi ketua pasukan, penyerang dan penjaga gol kini disiasat, selain pemain Nakhon Ratchasima FC, kata kenyataan daripada akhbar itu.

Mereka ialah Suthipong Laoporn, Narong Wongthongkham, Suvitthaya Namsinlak dan Seksan Chaothonglang dari pasukan Navy FC. Narong ialah penjaga gol pasukan Navy FC. Turut terlibat ialah Veera Kerdpudsa, penjaga gol Nakhon Ratchasima FC.

Pihak berkuasa mula menyedari skandal itu wujud selepas menerima aduan bilangan jaringan pada saat akhir yang luar biasa membabitkan pasukan Nakhon Ratchasima.

Kedua-dua pasukan berada pada kedudukan di bawah pertengahan liga, namun tidak diturunkan ke liga lebih rendah.

Seorang pengadil, penjaga garisan dan pengarah kelab Sisaket FC yang tersingkir dari liga utama, turut dituduh mengatur perlawanan bersama empat ‘pelabur’ warga Thailand yang mempunyai rangkaian luar negara.

Pengadil yang terlibat ialah Phumrin Khamruen dan Theerachit Sitthisuk. Pengarah kelab Sisaket FC, Cherdsak Boonchu turut terlibat.

Menurut polis tempatan, bayaran tertinggi kepada pemain dan pegawai bagi mengatur satu perlawanan adalah sekitar AS$27,000 (RM111,569).

https://twitter.com/VelizarPopov/status/932999663782899712

Bagaimanapun, tiada sebarang tuduhan dibuat secara rasmi namun tangkapan dijangka terus bertambah selepas penyiasat dapat mengumpul lebih banyak bukti.

“Ini kes yang bersejarah,” kata Ketua Polis Diraja Thailand, Chakthip Chaijinda dalam sidang media di Bangkok.

“Kami percaya kumpulan ini masih lagi wujud dan mungkin besar kerana mereka sudah lama beroperasi.”

Gambar : Patipat Janthong /Bangkok Post

 

Sementara itu, pengerusi kelab Nakhon Ratchasima FC, Tewan Liptapanlop mengumumkan bahawa kelab itu telah menamatkan kontrak penjaga gol mereka, Veera.

Veera menyertai kelab itu dengan kontrak 6 bulan dan baru-baru ini menandatangani kontrak lanjutan selama 2 tahun.

Walaubagaimanapun, Tewan sukar untuk mempercayai dakwaan rasuah yang melibatkan penjaga gol itu dan tidak sangka pasukannya sering melepaskan gol mudah dalam 4 hingga 5 perlawanan.

“Saya percaya Veera merupakan pemain yang professional dan tidak terlibat dalam rasuah bola sepak. Kami akan membincangkan isu ini dengan peguam untuk mengetahui sama ada kami akan menyaman Veera kerana menjejaskan reputasi dan imej kelab,” katanya.

“Saya mahu memaklumkan kelab tidak terlibat dalam gejala mengatur perlawanan ini,” jelasnya lagi.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN