Saingan Liga Super 2023 minggu kedua terus bersambung pada malam ini dengan membabitkan satu perlawanan sahaja antara PDRM menentang Perak di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Kedua pasukan ini mempunyai suatu persamaan yang unik pada aksi pertama lalu setelah masing-masing tewas dengan rekod jaringan yang agak besar.
💥 Hari perlawanan LS2!
Pasukan manakah yang akan meraih kemenangan sulung malam ini? 🙌
Saksikan siaran langsung di Astro Arena 803 dan Astro GO.#LigaSuper2023 pic.twitter.com/ytWfu6QvLM
— Malaysian Football League (@MFL_MY) February 28, 2023
PDRM pastinya mahu mencipta kebangkitan, selepas mereka dibelasah Sabah dengan keputusan 0-4 di gelanggang lawan menerusi aksi kurang menyakinkan.
Begitu juga Perak, anak-anak buah Datuk Lim Teong Kim gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah mereka tewas kepada Kedah Darul Aman (Kedah) dengan keputusan penuh 1-4.
Menerusi keputusan tersebut, pastinya kedua pasukan ini tidak rela untuk terus tewas dan mahu mencipta kebangkitan supaya motivasi dapat dikembalikan.
Untuk aksi malam ini, ada tiga pemain yang dijangka bakal menjadi tumpuan utama dalam misi untuk meraih tiga mata pertama buat pasukan masing-masing dalam saingan Liga Super.
Uche Agba (PDRM)
Pemain ini dijangka menjadi pertaruhan penting buat PDRM untuk mendapatkan gol pada aksi malam ini ketika menentang Perak berdasarkan kelebihan serta pengalaman Uche.
Nama Uche bukan lagi asing dalam arena bola sepak tempatan, selepas beliau sudah pun berada di Malaysia sejak 2019 untuk menyertai PDRM sebelum berhijrah bersama beberapa lagi pasukan di Malaysia.
Kemuncak prestasi beliau boleh dikatakan ketika Uche menyertai Sarawak United selama dua musim dengan menjadi salah seorang penjaring terbanyak buat kelab tersebut.
54' GOL | Uche Agba menyamakan kedudukan buat Sarawak United!@kda_fc 1-1 @sufc_rasmi #LigaSuper2022 pic.twitter.com/OnFhxAVY2d
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 19, 2022
Kelebihan Uche dari segi kekuatan fizikal, kawalan bola yang baik, serta ketajaman di hadapan gol sering digeruni pihak lawan dan itu pastinya menjadi senjata utama PDRM untuk meraih gol.
Pada usia 36 tahun, Uche boleh dikatakan masih lagi berada pada tahap terbaik beliau di Malaysia untuk menjadi salah satu penggempur digeruni musim ini.
Fadi Awad (PDRM)
Bekas pemain tengah skuad kebangsaan Jordan ini menjadi nadi penting buat PDRM pada pertengahan musim lalu menerusi kualiti yang diberikan beliau di posisi tersebut.
Fadi bakal menjadi pemain penting untuk aksi malam ini dalam usaha untuk meneutralkan segala tekanan cuba diberikan oleh Perak terutama sekali di bahagian tengah.
𝗙𝗔𝗗𝗜 𝗔𝗪𝗔𝗗 𝗜𝗦 𝗔 𝗖𝗢𝗣!👮🏻♂️
We are delighted to announce the signing of Al-Wehdat SC midfielder, Fadi Awad. The 29 year old is a Jordinian international with 4 caps to his name. Welcome Fadi! 🔴🔵#pdrmfc #sangsakabiru #upthecops pic.twitter.com/rPvG2HzfoM
— PDRM Football Club 🇲🇾 (@officialpdrmfc) June 25, 2022
Menerusi ketepatan beliau membaca pergerakan lawan serta boleh mencipta peluang menerusi kualiti hantaran tepat, Fadi pastinya akan menjadi tumpuan ramai pada malam ini.
Hadi Fayydh (Perak)
Penyerang muda kebangsaan ini sebenarnya tidak dijangka akan mempamerkan aksi berkualiti tinggi ketika perlawanan pertama lalu sewaktu berdepan Kedah.
Namun Hadi membuktikan beliau mampu tampil berbeza bawah kendalian Lim selepas pemain ini sangat aktif sepanjang 90 minit perlawanan untuk bergerak di serata arah padang.
"Welcome Back Hadi Fayyadh"
Pemain berkaliber yang sebelum ini cipta sensasi di Liga profesional Jepun kembali ke kancah Liga Malaysia dengan edisi 2023 beliau menjadi tonggak buat pasukan Perak FC!@FadhirulS pic.twitter.com/WtFPu9FmV9
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) January 13, 2023
Tampil dengan stamina yang tinggi dan bijak melepasi pertahanan lawan, menjadikan beliau sebagai salah satu pemain yang harus diberikan tumpuan ramai menentang PDRM.