Sri Pahang FC tumbang buat kali ketiga dalam tempoh dua minggu apabila tunduk pula 1-2 kepada Terengganu FC dalam aksi minggu ke-12 saingan Liga Super 2022 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, sebentar tadi.
Sri Pahang dibolosi seawal minit pertama apabila Kpah Sherman yang dilantik sebagai kapten menampilkan sentuhan menarik untuk Terengganu membuka jaringan selepas menerima hantaran Petrus Shitembi.
Ia sedikit sebanyak merentap fokus Sri Pahang yang mungkin tidak menjangka tuan rumah akan meledak gol awal. Terengganu sejak awal permainan mempamerkan kemahuan mereka untuk memenangi aksi. Benteng mereka yang dibarisi Nick Swirad, Sherzod Fayziev, Ashar Al Aafiz dan Azwan Aripin dirobohkan terlalu awal.
Beraksi di depan penyokong sendiri memberi semangat tambahan buat Sang Penyu. Mereka berterusan menekan benteng pelawat namun gagal untuk menewaskan penjaga gawang, Mamadou Samassa antaranya rembatan deras pemain tengah, Habib Haroon dari luar kotak penalti yang mudah buat penjaga gol itu.
1' GOL | Kpah Sherman membuka tirai jaringan seawal minit pertama!@FCTerengganu 1-0 @OfficialPahang #LigaSuper2022 pic.twitter.com/WVPSZ5J35K
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 3, 2022
Minit ke-21, sekali lagi Samassa berjaya menyelamatkan gawang Sri Pahang apabila menepis rembatan deras pemain tengah, Manuel Ott dari luar kotak penalti. Jentera tengah lawan dilihat gagal berfungsi dengan baik.
Sri Pahang langsung tidak memberi respon dengan tekanan lawan apabila jentera tengah mereka dilihat dimatikan fungsi. Mereka hanya sekali hadir mengasak dalam setengah jam aksi iaitu menerusi sepakan percuma Kevin Ingreso yang tersasar daripada gawang yang dikawal Suhaimi Husin pada minit ke-6.
Benteng tuan rumah yang diketuai Pape Diakite, Shahrul Nizam, Azam Azmi Murad dan Alif Zakaria dilihat kental bertahan tetapi turut dibantu keberkesanan jentera tengah yang digerakkan Habib Haroon dan Manuel Ott.
🏴🏳️#LS2022 KESEBELASAN UTAMA TERENGGANU FC VS SRI PAHANG FC 🏴🏳️
Pemain Simpanan : Syed Nasrulhaq(GK), Azarul Nazarith, Adib Zainudin, Azalinullah Alias, Syafiq Ismail, Faiz Nasir, Arif Fadzilah, Hakimi Abdullah dan Zuasyraf Zulkiefle#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/d5ibPo2uRa
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) July 3, 2022
Pelawat mula mengambil alih sedikit penguasaan selepas setengah jam aksi berlangsung. Jentera tengah mereka yang digerakkan Azam Azih, Ingreso dan David Rowley dilihat telah kembali ke dalam perlawanan.
Namun, mereka gagal untuk menembusi benteng tuan rumah sepenuhnya untuk menguji Suhaimi di gawang.
Terengganu juga dilihat mengendurkan penguasaan dan hanya sesekali mengasak di hujung babak pertama.
Tetapi mereka dilihat telah kembali dengan rentak penguasaan permainan sebaik sahaja babak kedua bermula.
Line-up 🔥#SriPahang #WhereLegendsAreBorn #hakkaClo #extrajossmalaysia #PosMalaysia pic.twitter.com/Z0WMqWTxEX
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) July 3, 2022
Sri Pahang sebenarnya beraksi dalam tekanan disebabkan prestasi yang kurang memberangsangkan selain turun beraksi di kandang lawan untuk perlawanan ini. Begitupun, tuan rumah masih buntu menambah gol.
Selepas sejam aksi berlangsung, perlawanan menjadi rancak secara tiba-tiba bermula dengan rembatan tersasar dilakukan Sri Pahang di dalam kotak penalti pada minit ke-65. Dua minit kemudian giliran gerakan Sherman digagalkan Samassa sebelum beliau sempat melepaskan rembatan hasil gerakan solonya.
Kedua-dua pasukan dilihat saling berbalas asakan. Minit ke-69, pelawat hampir meledak jaringan penyamaan, namun bola leret Malik Mat Arif selepas menewaskan Suhaimi berjaya dikeluarkan Shahrul Nizam di atas garisan gol. Ia menghasilkan serangan balas yang diakhiri oleh rembatan Faisal Halim yang ditepis Samassa.
Faisal menebus kekecewaannya sepanjang perlawanan ini dengan jaringan di minit ke-80 menerusi sepakan penalti yang disempurnakannya selepas kelibatnya tidak kelihatan sehingga lebih sejam perlawanan.
Minit ke-87, Malik berjaya meledak jaringan saguhati buat Tok Gajah menewaskan Suhaimi di gawangnya.
Selepas gagal meraih mata penuh dalam dua perlawanan, Terengganu kembali dengan rentak kemenangan apabila pengadil meniupkan wisel penamat untuk mereka meraih kemenangan 2-1 ke atas Sri Pahang dan lawan mereka tumbang buat kali ketiga berturut-turut menyaksikan mereka kekal di kedudukan ke-11 liga.