Liga Super: Sri Pahang Mudah Jinakkan Perak

Sri Pahang

Skuad Sri Pahang terus mempamerkan aksi cemerlang selepas mudah menjinakkan Perak dengan keputusan penuh 3-0 dalam aksi Liga Super di Ipoh.

Sri Pahang lebih banyak menggunakan taktikal serangan balas pantas untuk mendapatkan jaringan dikala pemain Perak seperti leka mempertahankan kawasan mereka.

10 minit awal permainan, memperlihat Pahang lebih dominan dalam menyerang untuk mendapatkan jaringan awal.

Pahang banyak menggunakan Sergio Aguero di sebelah kanan dalam mengatur serangan selain beberapa hantaran dari pemain ini memberi bahaya kepada barisan pertahanan Perak.

Berpunca dari satu serangan pantas dari bawah, pelawat berjaya membuka tirai jaringan melalui Kpah Sherman pada minit ke-13 berpunca dari hantaran Aguero sekali gus mendahului tuan rumah 1-0.

Skuad kendalian Datuk Lim Teong Kim yang tersentak dengan jaringan tersebut cuba memperkemas rentak permainan dengan bermain hantaran pendek dan pergerakan pantas.

Namun setiap kali bola sampai di kawasan terakhir Pahang, mereka seperti hilang arah dan mudah hilang bola.

Perak hampir menyamakan kedudukan melalui sepakan percuma menerusi pemain Shafizi Iqmal namun bola sedikit tersasar dari pintu gol.

Ketika tuan rumah cuba mendapatkan jaringan penyamaan, Pahang sekali lagi melalui serangan balas berjaya memerangkap barisan pertahanan Perak untuk mendapatkan gol kedua selepas Stefano Brundo mudah menolak masuk hantaran Sherman pada minit ke-37.

Anak-anak buah Fandi Ahmad nampak bijak dalam mengatur serangan apabila banyak kali mengambil kesempatan melalui serangan balas laju dan ia berjaya mengelirukan pemain Perak.

Skuad kendalian Teong Kim terus berada di dalam tekanan apabila pemain pertahanan mereka, Nasrol Amri terpaksa mengambil risiko melakukan kekasaran ketika pemain pelawat berpeluang menambah jaringan sekali gus pengadil perlawanan terpaksa memberi kad merah kepadanya.

Bermula babak kedua, Perak mendapatkan beberapa peluang terbaik untuk merapatkan kedudukan namum mereka tidak memanfaatkan peluang yang ada dengan sempurna.

Bermain 10 pemain ternyata memberi kesan kepada pasukan Perak dan menganggu perancangan taktikal untuk mendapatkan mata dalam perlawanan ini.

Pujian tetap harus diberikan kepada Perak dalam usaha mereka.

Pahang hampir mendapatkan jaringan ketiga selepas penjaga gol Perak, Bryan See melakukan kesilapan mudah namum bernasib baik tidak dihukum oleh pasukan lawan.

Ketika skuad Seladang cuba mencari jaringan pertama mereka, pemain gantian Pahang, Zuhair Aizat terus menghukum pasukan tuan rumah untuk jaringan ketiga pada minit ke- 74 selepas berjaya menewaskan Bryan menerusi satu sepakan lencong yang cantik.

Tiga jaringan diperoleh membuatkan mereka memperlahankan sedikit rentak permainan sementara Perak cuba sedaya upaya untuk mencari gol sulung dalam perlawanan ini.

Kedudukan tersebut kekal sehingga tamat permainan menyaksikan Pahang mengumpul sembilan mata setakat ini.

Musim ini Pahang nampak lebih bersedia apabila setakat perlawanan ke lima, mereka belum tewas lagi berbanding musim sebelum ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN