Liga Super: Sri Pahang Mangsa Terbaharu ‘Kerakusan’ KL City

Kuala Lumpur (KL) City meneruskan momentum positifnya dengan meraih kemenangan 2-0 ke atas Sri Pahang dalam aksi Liga Super untuk mengutip tiga mata penuh di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Bertandang ke tempat lawan, percaturan Bojan Hodak untuk merehatkan beberapa pemain utama nampak tidak memberi kesan besar kepada corak pemainan pasukannya yang jelas lebih banyak mendominasi penguasaan bola meskipun beraksi di padang yang basah.

Jaringan sulung yang diperlukan akhirnya terhasil pada minit ke-31 apabila penyerang muda Haqimi Azim Rosli meledak gol peribadi pertamanya buat skuad senior KL City.

Bermula dengan balingan Declan Lambert dari sebelah kiri, tandukan pemain Sri Pahang berjaya disambut oleh Zhafri Yahya sebelum sentuhannya menemui Haqimi dan disudahkan dengan sempurna oleh penyerang skuad bawah 19 tahun (B-19) negara itu.

Memasuki babak kedua, KL City membuat perubahan taktikal dengan memasukkan tiga pemain utamanya Paulo Josue, Jordan Mintah dan Hadin Azman bagi menambah kekuatan di bahagian serangan.

Percaturan tersebut ternyata berbaloi apabila Jordan Mintah bijak membuat larian mengatasi barisan tinggi perthanan Sri Pahang dan membuat hantaran pendek di dalam kotak penalti untuk Zhafri Yahya meledak gol kedua The City Boys.

Di penghujung perlawanan, Paulo Josue hampir menambah luka Sri Pahang, namun sepakan percumanya berjaya diselamatkan Mamadou Samassa dan kedudukan 2-0 kekal sehingga wisel penamat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN