Liga Super: Sentuhan 2 Pemain Gantian Beri Christophe Gamel Kemenangan & ‘Talian Hayat’

Christophe Gamel Sri Pahang Penang kemenangan pertama 2022

Sri Pahang dan Christophe Gamel akhirnya meraih kemenangan dan tiga mata pertama selepas menundukkan pasukan bermasalah prestasi, Penang FC dengan keputusan 3-1 di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.

Tiada perubahan dalam kesebelasan utama Penang oleh Tomas Trucha dengan harapan kombinasi akan lebih baik selepas dua aksi, namun Sri Pahang tampil lebih baik dengan beberapa siri asakan ke kubu pelawat.

Penyerang, Billy Katkeo memiliki dua peluang untuk meletakkan tuan rumah di depan, namun kecemerlangan Khatul Anuar telah menafikan salah satu peluang iaitu pada minit ke-4, sebelum pemain kacukan Laos-Perancis itu gagal menanduk masuk hantaran ke dalam oleh Manuel Hidalgo yang dicipta kemas pada minit ke-25.

Tiga minit kemudian, pemain tengah, Nor Azam Azih berhasil memberikan gol pembukaan buat Tok Gajah menerusi rembatan deras dari luar kotak penalti untuk menewaskan Khatul Anuar buat kali pertama pada malam ini. Jaringan tersebut juga merupakan yang pertama buat dirinya pada musim ini selepas empat aksi.

Sri Pahang membuat dua perubahan dengan kemasukkan Johan Martial di benteng disamping bek kiri, Fandi Othman pula diturunkan untuk menggantikan Azwan Aripin yang digantung akibat kad merah sebelum ini.

Masalah kombinasi Penang di jentera serangan masih berterusan dan ini memudahkan benteng tuan rumah untuk membendungnya ditambah dengan kehadiran bek bertubuh sasa seperti Johan Martial di benteng.

Minit ke-42, Faiz Mazlan berjaya melepaskan satu rembatan deras dari luar kotak penalti, namun ia berjaya ditepis Mamadou Samassa yang kemudian dikeluarkan oleh benteng tuan rumah sebelum disambar lawan. Tiga minit kemudian, tidak disangka-sangka, pelawat akhirnya berjaya juga untuk menyamakan kedudukan.

Bermula dengan jaringan David Rowley yang dibatalkan pengadil, Penang membuat counter-attack seterusnya menekan benteng tuan rumah menerusi Faizat Ghazli sebelum bola disambar pemain gantian, Sukri Hamid yang baru dimasukkan menggantikan Azzizan Nordin untuk menewaskan Mamadou Samassa di gawang.

Faiz Mazlan sekali lagi mencuri tumpuan apabila membuat rembatan yang berjaya ditepis Mamadou Samassa di minit ke-50. Harimau Kumbang jarang sekali hadir mengasak ke kubu Tok Gajah yang mengawal perlawanan.

Memasuki sejam aksi, Christophe Gamel membuat dua pertukaran dengan kemasukkan Sean Giannelli dan Baqiuddin Shamsudin yang kemudian membantu Sri Pahang memperolehi gol kedua menerusi David Rowley. Minit ke-65, bermula dengan sepakan penjuru, Baqiuddin Shamsudin melambung untuk ditanduk David Rowley.

Ia disebabkan pintu gol yang terbuka selepas Khatul Anuar terjatuh yang kemudian terpaksa diusung keluar sebelum digantikan oleh Hafizul Hakim. Agak mencurigakan tiada advantage diberi kepada Khatul Anuar.

Minit ke-73, sentuhan pemain gantian, Sean Giannelli berjaya menewaskan Hafizul Hakim untuk gol ke-3 tuan rumah. Bermula dengan gerakan antara Nor Azam Azih dan Manuel Hidalgo berjaya menemui pemain yang pernah beraksi di Serie D, Itali bersama Arezzo, di depan gawang yang tidak dikawal rapi oleh Latiff Suhaimi.

Pelawat dilihat serba tidak menjadi walaupun berdepan pasukan bermasalah prestasi seperti mereka. Ini yang tentunya akan memberi mereka lebih tekanan selepas dilihat hanya melakar dua kemenangan dalam 11 aksi terakhir mereka. Penurunan prestasi mereka berlaku sejak saingan Piala Malaysia 2021 yang lalu lagi.

Untuk Sri Pahang pula, ia membantu mereka melonjak keluar dari zon penyingkiran dengan mengumpul empat mata dan ini adalah ‘talian hayat’ dan kemenangan terbaik buat Christophe Gamel yang berdepan tekanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN