Sabah berjaya mencatat kemenangan mereka di Stadium Likas semalam untuk mengatasi pasukan pelawat iaitu Sri Pahang dengan keputusan 2-1.
Seawal permainan menyaksikan Sabah garang menguasai permainan menerusi beberapa siri serangan dilancarkan selain penguasaan bola penuh untuk mengatasi pelawat.
KEPUTUSAN MASA PENUH – LS10#LigaSuper2022 pic.twitter.com/e2ndTswnly
— Malaysian Football League (@MFL_MY) June 18, 2022
Sabah hampir membuka jaringan mereka pada awal perlawanan setelah beberapa kali percubaan berjaya dilancarkan mereka, namun gagal menemui yang dicari setelah tiang gol dan kecemerlangan Zarif Irfan menyelamatkan keadaan buat Sri Pahang.
Lima minit pertama permainan jelas Sri Pahang menghadapi tekanan awal menerusi rangkaian serangan tuan rumah yang dilihat amat lincah dari segenap arah.
Neto Pessoa berjaya membuka jaringan awal buat Sabah pada minit ke-10 setelah penyerang tersebut menerima umpanan cantik daripada sebelah kanan menerusi Tommy Mawat Bada untuk menggembirakan para penyokong di Likas.
Sabah terus menjarakkan kedudukan di separuh masa pertama menerusi gol kedua yang diledak oleh penyerang import dari Jepun, Taiki Kagayama menerusi gerakan solo pada minit ke-18 untuk menewaskan empat pertahanan pelawat sebelum satu rembatan deras dibuat menerjah gawang gol.
18’ GOL | Taiki Kagayama menggandakan kelebihan tuan rumah!@SabahFCofficial 2-0 @OfficialPahang #LigaSuper2022 pic.twitter.com/28WXhfNHaR
— Malaysian Football League (@MFL_MY) June 18, 2022
Pelawat seolah gagal untuk menyekat segala kemaraan Sabah apabila mereka lebih banyak bertahan dan diuji berbanding tuan rumah yang nyata tenang mengawal permainan.
Malang terus menimpa buat Sri Pahang apabila pasukan tuan rumah, Sabah memperoleh sepakan penalti setelah bola terkena tangan pelawat dalam situasi kelam kabut pada minit ke-56.
Namun Sabah gagal menyempurnakan peluang tersebut untuk menambah gol ketiga mereka apabila kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar gagal menyudahkan peluang tersebut setelah rembatan pemain tengah ini melambung tinggi.
Pada minit ke-58, giliran Sri Pahang pula memperoleh sepakan penalti selepas Rizal Ghazali membuat kekasaran terhadap pemain gantian, Sean Gianelli dalam petak penalri.
Peluang tersebut nyata cemerlang disudahkan menerusi tonggak import tengah mereka, Manuel Hidalgo yang tenang melepaskan rembatan deras untuk menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.
60' GOL | Manuel Hidalgo merapatkan kedudukan menerusi jaringan kelima peribadinya musim ini!@SabahFCofficial 2-1 @OfficialPahang #LigaSuper2022 pic.twitter.com/G6YsdBiyud
— Malaysian Football League (@MFL_MY) June 18, 2022
Perlawanan yang sedikit kontroversi ini menyaksikan Sabah sekali lagi mendapat sepakan penalti setelah Gary dijatuhkan dalam sepakan penalti pada minit ke-72.
Namun, Zarif Irfan tampil cemerlang kali ini untuk menepis keluar sepakan yang diambil oleh Neto Pessoa setelah rembatan pemain tersebut mudah dibaca oleh penjaga gol pelawat.
Keputusan kekal 2-1 sehingga wisel penamat dibunyikan, walaupun Sri Pahang cuba mencipta kebangkitan di separuh masa kedua menerusi beberapa siri percubaan di hadapan gol tuan rumah.
Kesebelasan utama Sabah
Khairul Fahmi Che Mat (Penjaga Gol)
Rawilson Batuil
Jackson de Souza
Taesu Park
Baddrol Bakhtiar (Kapten)
Tommy Mawat Bada
Altemir Cordeiro Pessoa Neto
Taiki Kagayama
Mohd Rizal Mohd Ghazali
Gary Steven Robbat
Stuart John Wilkin
Kesebelasan utama Sri Pahang
Muhammad Zarif Irfan Hashimuddin (Penjaga Gol)
Nicholas Ryan Swirad (Kapten)
Andres Steven Rodriguez Ossa
Muhamad Baqiuddin Shamsuddin
Muhammad Ashar Al Aafiz Abdullah
Mohamad Azwan Mohd Aripin
Mior Dani Armin Mior Ariffen
Sherzod Fayziev Naimovich
Mohamad Saiful Jamaluddin
Muhammad Syaahir Saiful Nizam
Manuel Federico Hidalgo Gasperini