Liga Super Punya Taraf Sama Dengan Saingan League 2 England

Liga Super

Saingan tertinggi bola sepak negara, Liga Super sebenarnya adalah pertandingan yang mempunyai persamaan dengan beberapa liga di dunia ini.

Sebelum ini, rancak kita saksikan di media sosial terdapat beberapa perkongsian mengenai perbandingan liga-liga bola sepak di seluruh dunia menerusi data yang ada.

Dan Liga Super juga tidak terkecuali, di Twitter, sebuah akaun iaitu Asian Football Analysis Zone berkongsi data mengenai saingan-saingan yang setara dengan bola sepak kita.

Dan ternyata, data yang ditunjukkan memberi isyarat yang bola sepak kita masih lagi jauh di belakang.

Jika hendak dibandingkan dengan gergasi bola sepak dunia yang mempunyai saingan lebih berprestij, dalam data tersebut, saingan Liga Super disamakan dengan taraf EFL League 2 di England.

EFL League 2 adalah saingan dimana kelab-kelab England bertarung di peringkat keempat bola sepak negara tersebut.

Mungkin kerana inilah, sebelum ini penyokong Wrexham di Brazil pernah mencadangkan untuk mengambil pemain Johor Darul Ta’zim iaitu Bergson da Silva.

Baragkali kerana berasakan saingan Liga Super dan EFL League 2 adalah setara, jadi mereka berasakan pemain itu boleh berjaya di England.

Selain itu,  Liga Super juga disamakan dengan Championnat National 2 yang merupakan saingan divisyen empat di Perancis selain Serie D Brazil.

Liga Super juga disamakan dengan Venezuela Segunda Division yang merupakan saingan tahap kedua di negara tersebut.

Di Asia pula, Liga Super disama tarafkan dengan Saudi First Division yang merupakan saingan kedua negara tersebut.

Selain itu. saingan kita juga disamakan dengan pertandingan domestik jiran tetangga iaitu Liga 1 Indonesia.

Anda boleh saksikan senarai penuh di bawah:

  1. Venezuela Second Division (divisyen dua Venezuela)
  2. Championnat National 2 (divisyen empat Perancis)
  3. Ykkonen (divisyen dua Finland)
  4. EFL League 2 (divisyen empat England)
  5. Serie D (divisyen empat Brazil)
  6. Saudi Division 1 (divisyen dua Arab Saudi)
  7. Liga 1 (divisyen 1 Indonesia)
  8. Ettan (divisyen 3 Sweden)
  9. II Liga (divisyen 3 Poland)
  10. Liga Alef (divisyen 3 Israel)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN