Saingan Liga Super 2023 terus bersambung dengan membabitkan beberapa perlawanan lagi pada hari ini dan salah satunya membabitkan aksi pertemuan antara Sri Pahang bertemu Kedah Darul Aman (Kedah).
Musim ini menyaksikan Sri Pahang tampil dengan sangat konsisten bawah kendalian jurulatih baharu mereka iaitu Fandi Ahmad menerusi corak permainan lebih tersusun di segenap posisi.
Hari Perlawanan!
🆚 Kedah FC
🏟 Stadium Darul Makmur
⏱ 10.00 Malam
🔴 TV Okey, Sukan RTMGhodong-ghodong semua jangan lupa malam ni turun stadium! 🏟#SriPahang #WhereLegendsAreBorn #HakkaClo pic.twitter.com/jDDzjRLwbE
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) April 1, 2023
Malah, beberapa rombakan dibuat dengan menandatangani import baharu juga dilihat memberi kesan yang sangat bagus terutama sekali penyerang utama Sri Pahang iaitu Kpah Sean Sherman.
Nama Kpah bukan lagi asing dalam arena bola sepak Malaysia, selepas beliau sudah beraksi sejak sekian lama dan tampil sebagai antara penyerang import digeruni menerusi rekod dimilikinya.
Malah, aksi malam ini juga menyaksikan Kpah bakal berhadapan bekas kelab lamanya iaitu Kedah, selepas beliau pernah mewakili pasukan tersebut pada musim 2020 dan 2021.
Bersama Sri Pahang musim ini, Kpah tidak mengambil masa yang lama untuk memberi reaksi positif buat para penyokong menerusi statistik bagus dihasilkannya di posisi serangan utama.
Sehingga lima perlawanan dilalui, Kpah telah menghasilkan tiga gol secara keseluruhan bersama dua bantuan jaringan untuk membuktikan impak besar pemain tersebut selaku penyerang utama pasukan.
Malah, Kpah juga telah membuat sembilan percubaan kearah gol dengan empat daripadanya tepat menuju gawang bersama peratusan 44.4%.
[Trivia]
Gol dijaringkan Kpah Sherman pada perlawanan menentang Perak 19 Mac lalu merupakan gol ke-75 kariernya sepanjang tujuh tahun di Liga Malaysia bermula tahun 2017. pic.twitter.com/ltkmYI0Gkx— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) March 30, 2023
Aksi Kpah yang gemar menggunakan kekuatan fizikal menjadikan penyerang kebangsaan Liberia itu sukar untuk ditangani mana-mana pertahanan lawan secara individu.
Selain itu, penyerang bertubuh tegap ini juga memiliki daya kemampuan yang sangat baik untuk melepaskan percubaan tepat daripada segenap arah dan menjadi aset penting but Fandi musim ini.
Menerusi rekod selaku penjaring terbanyak Piala Malaysia 2022, Sri Pahang dilihat telah membuat percaturan terbaik untuk menandatangani khidmat bekas penyerang utama Terengganu itu.
Selain Kpah, dikhabarkan seorang lagi penyerang Sri Pahang iaitu Lucas da Silva juga bakal membuat kemunculan sulung musim ini untuk berdepan Kedah, selepas pemain tersebut mengalami kecederaan awal musim.
Penyerang @OfficialPahang, Kpah Sherman mengakui kelemahan di aspek serangan menyaksikan dia agak bergelut untuk menguasai bahagian depan secara individu ketika menentang Sabah FC dalam aksi Liga Super, Ahad lalu.#LigaSuper2023 #DemiLigaKita
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 14, 2023
Beraksi di laman sendiri, pastinya Sri Pahang tidak rela untuk keciciran sebarang mata serta mengelak daripada kalah, apabila mereka sebenarnya menjadi salah satu pasukan yang masih belum merekodkan kekalahan musim ini.