Liga Super: Perak Tumbang Lagi, 3 Mata Pertama Buat Penang

Penang Perak tewas lagi

Penang turun di Stadium Bandaraya dengan misi memburu tiga mata pertama berdepan Perak dan ia berhasil menerusi kemenangan 3-1.

Manzoor Azwira kembali mengemudi sebagai pengendali sementara selepas ketua jurulatih, Chong Yee Fatt dikhabarkan kurang sihat.

Penang mengawal sepenuhnya babak pertama dengan serangan demi serangan ke kubu Perak, namun hanya berhasil meledak dua gol.

Seawal minit ke-4, Penang sudah membuat cubaan pertama menerusi Asnan Ahmad, namun percubaannya dikeluarkan oleh benteng.

Dua minit kemudian, Soony Saad membuatkan Bandaraya bergema hasil jaringan pertama perlawanan selepas menerima hantaran lolos Nik Akif Syahiran. Ia bermula menerusi gerakan dua pemain, Ousmane Fane dan Adriano di sebelah kiri gawang pelawat.

Penang meneruskan penguasaan perlawanan dengan Perak terus bergelut. Minit ke-15, tuan rumah hadir dengan dua peluang oleh Rafael Vitor dan Rahmat Makasuf, namun ia disia-siakan dengan percubaan tersasar.

Gandingan di jentera tengah antara Adriano, Nik Akif dan Asnan mempamerkan permainan yang baik untuk tuan rumah menguasai aksi dan pelawat tampak gagal untuk memberi saingan kepada pasukan yang belum meraih tiga mata itu.

Penjaga gol Perak, Bryan See Tan Keat mempamerkan aksi tangkas dalam menafikan beberapa percubaan tuan rumah antaranya rembatan jarak jauh Rafael dan Adriano pada minit ke-23 dan ke-25.

Minit ke-37, Harimau Kumbang mengaum sekali lagi menerusi jaringan Nik Akif hasil kesilapan pertahanan lawan yang terlepas bola.

Gol tersebut mengukuhkan kedudukan mereka di aksi babak pertama.

Pengendali Perak, Lim Teong Kim membuat empat pertukaran segera dengan memasukkan pemain utama antaranya Hadi Fayyadh, Sunday Afolabi dan Luciano Guaycochea. Ia berjaya mengubah rentak pelawat.

Perak kembali mengimbangi perlawanan dan berhasil mengekang cubaan tuan rumah untuk memecah masuk ke kubu ‘The Bos Gaurus’.

Minit ke-62, Luciano membuat percubaan liar melewati palang yang tidak menguji penjaga gol, Azfar Arif – yang kali pertama diuji pada minit ke-50, juga menerusi sepakan percuma luar kotak oleh Luciano.

Gol yang dinanti Perak tiba pada minit ke-72 apabila Seo Seonung berjaya menewaskan Azfar apabila menerima hantaran dekat Hadi.

Perak cuba memburu jaringan penyamaan menerusi asakan demi asakan, namun tuan rumah yang berjaya menambah jaringan gol.

Minit ke-84, pemain gantian, Giovane Gomes menanduk masuk hantaran lintang kemas oleh A Namathevan di sebelah kiri gawang.

Perlawanan berakhir dengan kemenangan pertama Penang dan lebih manis ia dilakar di laman sendiri, sementara Perak tersungkur.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN