Liga Super: Penang, Negeri Sembilan Sama Gagah Di Bandaraya

Penang Negeri Sembilan Liga Super 2023

Penang FC dan Negeri Sembilan berkongsi satu mata dalam aksi kedua Liga Super 2023 apabila perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan.

Ia satu aksi yang mungkin mahu segera dilupakan oleh kedua-dua pasukan apabila kurangnya percubaan berbahaya mampu dicipta ke gawang.

Perlawanan di babak pertama lebih mendatar dengan kedua-dua pasukan dilihat kekurangan idea untuk mengasak lawan. Tidak banyak asakan dicipta sama ada oleh Penang mahupun Negeri Sembilan dengan bola dilihat lebih banyak berlegar dan dimatikan di kawasan middle third.

Penang cuba mengasak awal menerusi rembatan jarak jauh oleh Azmeer Aris pada minit ke-7, namun percubaannya itu terlalu lemah dan mudah untuk penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel membuat aksi menyelamat.

Minit ke-21, bekas penyerang tuan rumah, Casagrande berjaya melepasi kawalan benteng untuk melepaskan rembatan deras. Begitupun, rembatannya dari sudut kanan gawang tuan rumah jauh tersasar.

Perlawanan terhenti lebih 10 minit pada minit ke-27 selepas berlaku sedikit pelanggaran antara Sikh Izhan dengan pemain sayap, Rahmat Makasuf.

Difahamkan beliau mengalami kecederaan di bahagian muka dan tengkuk serta terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut.

Perlawanan menjadi sedikit rancak, namun selepas perlawanan terhenti agak lama, ia sedikit sebanyak mengganggu rentak kedua-dua pasukan.

Babak kedua juga dilihat masih gagal menjelmakan sesuatu yang menarik daripada kedua-dua pasukan. ‘The Jangs’ dilihat sedikit berbahaya di awal babak kedua apabila berjaya mencipta beberapa asakan ke kubu lawan.

Pemain yang menjadi kunci kepada asakan mereka adalah pemain tengah, Levy Madinda, namun, ketumpulan jentera serangan menghantui mereka.

Minit ke-54, Madinda berhasil mencipta percubaan dari luar kotak penalti, namun ia sedikit tersasar. Dua minit kemudian, gawang Penang hampir digegar apabila gerakan antara Madinda dan Casagrande menggugat benteng, namun percubaan yang dihasilkan berjaya ditepis Syafiq Afifi.

Penang cuba bangkit menerusi percubaan Fairuz Zakaria yang hampir memperdaya penjaga gol gantian, Muhaimin Mohamad di minit ke-72. Namun, Muhaimin berjaya menyelamatkan percubaan dari sebelah kiri gol.

Negeri Sembilan hampir berputih mata apabila Adriano mencipta percubaan menarik di minit ke-79. Mujur buat mereka, bola yang terbias benteng berjaya ditepis olehnya sebelum ia singgah di palang gol.

Kedua-dua pasukan akhirnya terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan dalam aksi kedua liga. Namun, satu kelegaan buat Negeri Sembilan apabila berjaya mencuri satu mata di Stadium Bandaraya. Penang mungkin sedikit kecewa gagal memberi kepuasaan buat penyokong.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN