Liga Super: Manuel Hidalgo Arkitek Sri Pahang Nafikan Kebangkitan Selangor

Sri Pahang Selangor Liga Super

Jaringan saat-saat akhir Abdul Malik Mat Arif menafikan kebangkitan Selangor dan sekaligus membantu Sri Pahang mencatat keputusan seri 2-2 dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Darul Makmur.

Gol pendahuluan tuan rumah menerusi pemain import baharu Manuel Hidalgo dinafikan oleh Hein Htet Aung sebelum jaringan pada hujung permainan oleh Ifedayo dan Malik Mat Arif membuatkan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan berkongsi satu mata.

10 minit pertama Sri Pahang seolah-olah mendapat ‘tonik’ dengan kehadiran dua pemain import baharu dalam kesebelasan utamanya dengan beberapa kali mengasak kubu Selangor.

Namun Selangor kembali memperkemaskan corak permainannya dan mendapat peluang untuk membuka jaringan apabila percubaan Oliver Buff terkena palang minit ke-23.

Dua minit kemudian, secara tiba-tiba pengadil menghentikan perlawanan disebabkan terdapat masalah teknikal pada satu bahagian lampu limpah stadium yang tidak menyala dan kembali bersambung 12 minit kemudian.

Pada penghujung separuh masa pertama giliran Sri Pahang pula menggegar palang Selangor menerusi sepakan percuma Hidalgo.

Pahang akhirnya memecah kebuntuan hanya tiga minit selepas bermula babak kedua hasil jaringan Hidalgo yang bijak mengatasi kawalan Jordan Ayimbila selepas mendapat umpanan Makil Arif dan menguis bola untuk menewaskan penjaga gol Khairul Azhan.

Permainan kembali rancak apabila pemain gantian Selangor Hein Htet Aung menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-76 yang juga merupakan gol sulung pemain import dari Myanmar itu bersama skuad senior.

Gol kedua pasukan perlawat menjelma pada minit ke-88 selepas Ifedayo bijak membuat percubaan yang tidak dijangka oleh pemain pertahanan dan penjaga gol Helmi Eliza dan meletakkan Selangor mendahului 2-1.

Ketika seakan-akan sudah di ambang kemenangan, Selangor terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain selepas pemain pertahanan Shahrul Nazeem menerima layangan kad kuning kedua pada masa kecederaan selepas membuat terjahan keras ke atas Ahmad Baqiuddin.

Kelebihan itu pantas dimanfaatkan oleh Sri Pahang yang menggunakan sepakan percuma yang diberikan untuk menyamakan kedudukan pada saat-saat akhir

Hidalgo yang merupakan pemain import dari Argentina berjaya membuat hantaran tepat kepada Malik Mat Arif untuk menanduk gol penyamaan dan pengadil terus meniupkan wisel penamat.

Keputusan tersebut tidak mengubah kedudukan kedua-dua pasukan dengan Selangor masih di tangga kelima sementara Sri Pahang pula di tangga kedua tercorot.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN