Liga Super: Kunci Kemenangan Pertama Kedah Terletak Di Poket Lee Tuck

Saingan Liga Super kembali lagi membuka tirai dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu terlebih dahulu merasmikannya semalam dalam aksi Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Salah satu pertemuan yang mencuri tumpuan kali ini terarah kepada aksi membabitkan antara Perak dan Kedah Darul Aman (Kedah) yang akan berlangsung di Stadium Perak, Ipoh.

Menerusi pertembungan awal dua kelab dari utara ini ianya pasti akan menjanjikan suatu aksi yang ikonik untuk dikenang kedua penyokong pasukan berkenaan menerusi pelbagai rekod lampau menarik sebelum ini.

Kedua pasukan juga kini sudah pun membuat rombakan baharu bersama barisan kejurulatihan dan para pemain yang akan menentukan siapa terlebih dahulu akan mendapat tiga mata penuh atau ianya akan berkesudahan dengan keputusan seri.

Kedah dilihat sedikit berkelebihan menerusi barisan pemain mereka yang jelas lebih berpengalaman serta dipengaruh dengan kualiti import menyerlah pada aksi pramusim sebelum itu.

Manakala Perak pula, mereka mungkin akan menghadapi sedikit kesukaran kerana rata-rata pemain pasukan itu dibarisi oleh para pemain yang masih mentah di peringkat tertinggi liga tempatan tersebut.

Berikut merupakan tiga pemain yang menjadi tumpuan untuk aksi malam ini berdasarkan rekod mereka serta prestasi semasa ditampilkan bersama kelab masing-masing.

Lee Tuck (Kedah)

Pemain naturalisasi negara ini buat julung kalinya bakal beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) bagi slot tempatan bersama Kedah musim 2023.

Seperti diketahui, Tuck merupakan seorang yang sangat berpengaruh dalam pasukan dan namanya begitu menyerlah ketika mewakili Terengganu selama beberapa musim sebelum itu sebagai pemain import.

Pernah berada bawah kendalian Nafuzi sebelum itu menjadikan Tuck sebagai seseorang yang sangat penting dan mengetahui apa diinginkan jurulatih tersebut di atas padang untuk menggerakkan taktikal telah diterap.

Kelebihan Tuck terarah kepada skil kawalan bola yang kemas, bijak mencipta peluang kearah gol, serta sentiasa aktif bergerak di sekeliling padang untuk menerima bola dan membuka ruang.

Dijangka pemain ini akan memainkan peranan sangat penting di Ipoh untuk mengatur gerak bersama rakan sepasukan lain seperti Manuel Hidalgo dan Manny Ott untuk memberi tekanan buat Perak.

Willian Lira (Kedah)

Sandaran baharu Kedah di posisi serangan pada musim ini iaitu Willian Lira boleh dianggap berjaya memberi reaksi sangat positif dalam aksi pramusim buat para penyokong Sang Kenari.

Lira yang mempunyai pengalaman beraksi di pelbagai kelab sebelum itu bakal menjadi pilihan utama Nafuzi di posisi penyerang untuk menggempur kubu lawan dalam usaha mendapatkan gol.

Kelebihan Lira ialah dari segi kekuatan fizikal serta boleh menyudahkan setiap peluang terhidang di hadapan gol walaupun berada pada zon yang sangat sempit.

Pertahanan Perak pastinya akan mempunyai lebih banyak kerja dalam usaha untuk mengekang Lira yang dilihat semakin baik selepas mereka pulang dari Turkiye.

Christian Obiozor (Perak)

Pemain import baharu Perak ini dilihat tampil dengan pakej yang sangat baik selaku penyerang utama buat pasukan menerusi pelbagai aspek.

Obiozor merupakan bekas pemain kebangsaan Nigeria dan mempunyai pengalaman beraksi dalam saingan African Nations Championship (AFCON) 2014 bawah kendalian Stephen Keshi.

Berkelebihan beraksi di beberapa negara menjadikan Obiozor sebagai sandaran penting untuk membimbing para pemain muda lain khususnya untuk mendapatkan gol.

Dengan ketinggian 1.92 meter, pastinya pertahanan Kedah mempunyai masalah besar jika membiarkan Obiozor bebas di udara untuk mendapatkan jaringan gol.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN