Prestasi Terkini Fabio Vieira Bikin Arteta ‘Pusing’

Pengendali Arsenal iaitu Mikel Arteta telah meluahkan rasa sukar beliau untuk menentukan kesebelasan utama kelab selepas melihat situasi para pemainnya dari segi prestasi mereka dalam setiap perlawanan dihadapi.

Salah seorang pemain yang dimaksudkan ialah Fabio Vieira yang kini mula mempamerkan aksi cukup positif buat Arsenal sejak beberapa perlawanan setelah diberi peluang oleh Arteta.

Vieira mula menyertai Arsenal pada musim panas lalu dari kelab lamanya iaitu Porto dengan nilai perpindahan sekitar £35 juta, namun mengalami kesukaran untuk mendapatkan rentak terbaik bersama Arsenal.

Walaupun begitu, pada empat perlawanan terakhir Vieira bersama pasukan tersebut kini mula dilihat membuahkan hasil, setelah aksinya tampak lebih berkeyakinan.

Ketika aksi menentang Aston Villa sebelum itu, Vieira telah dimasukkan selaku pemain gantian pada minit ke-79 dan cepat memberi impak di posisi tengah serta serangan.

Antara nilai positif yang diberikan Vieira termasuklah satu bantuan jaringan yang sangat sempurna dilakukan beliau untuk memberi peluang kepada Martinelli mendapatkan gol keempat perlawanan.

Pengaruh besar yang dibuat oleh pemain ini dalam pasukan secara tak langsung membuatkan Arteta semakin pening kini, selepas melihat Martin Odegaard dan Bukayo Saka juga sangat cemerlang.

Ketika ditanya tentang peningkatan prestasi yang ada pada vieira kini, Arteta mengakui pemain tersebut semakin mencapai ciri-ciri dikehendaki dan semakin memeningkan dirinya untuk memilih senarai pemain terbaik.

https://twitter.com/officialsimcard/status/1626976431778500611?s=46&t=q0Xir836Nkm2n257taGDjw

“Dia semakin bagus, aksinya sudah mula memeningkan saya kerana saya sendiri lihat perkembangan beliau setiap hari dan tahu kemampuan dimiliki Vieira untuk pasukan.

“Seseorang yang sangat hebat yang kini semakin faham apa dikehendaki pasukan di atas padang. Secara individu saya rasakan Vieira sudah pun sedia dan berada pada tahap sebenar untuk beraksi dalam liga ini dan memiliki kualiti yang tidak ada pada kami selama ini.

“Jika Vieira perlu bersaing dengan 30 situasi perebutan bola di udara bersama pemain lawan, 28 daripadanya dia akan tewas begitu sahaja.

“Tetapi, jika kami mengarahkan dirinya untuk membuat kerja bertahan serta diberi ruang pada posisi sepatutnya selain meletakkan vieira di hadapan gol, dia akan memberi segalanya yang sangat baik buat kelab,” jelas Arteta menerusi Sport Bible.

Untuk aksi seterusnya, Arsenal akan berhadapan Leicester City di gelanggang lawan iaitu Stadium King Power, dalam misi untuk terus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu carta EPL.

Dengan prestasi semasa yang dipamerkan Arsenal ketika ini, peluang untuk Arteta meraih tiga mata dilihat sangat tinggi untuk terus menjarakkan kedudukan bersama pencabar terdekat iaitu Manchester City.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN