Kedah Darul Aman (Kedah) terus tampil mengecewakan dalam aksi Liga Super, setelah mengalami kekalahan kali kedua berturut-turut dengan kali ini mereka menjadi mangsa kepada Kuala Lumpur City (KL City).
Beraksi di Stadium Darul Aman (SDA), KL City tampil dengan serba menyakinkan sejak awal permainan untuk menguasai permainan serta mencipta banyak peluang-peluang berbahaya.
Defeat.
⚔ FULL TIME ⚔
🔰 KDA FC 2 – 3 KL CITY FC
⚽ 11' Paulo Josue (KLC)
⚽ 24' J. Balotelli (KDA FC)
⚽ 30' B. Ciger (KDA FC)
⚽ 48' Romel Morales (KLC)
⚽ 73' Herlison Caion (KLC)#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #LigaSuper2023 #LS9 #KDAKLC pic.twitter.com/SWZVUtwFJQ— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) April 18, 2023
Gol KL City dihasilkan menerusi Paulo Josue, Romel Morales, serta penyerang gantian iaitu Herlison Caion di penghujung separuh masa kedua.
Manakal dua jaringan Kedah pula terhasil menerusi penyerang kelahiran Brazil iaitu Jonathan Balotelli serta pertahanan import mereka, Bojan Ciger.
Kedah memulakan aksi dengan sangat positif pada awal permainan dengan Balotelli hampir membuka jaringan awal sebelum rembatan beliau berjaya diselamatkan Azri Ghani.
Paulo Josue hampir meledak jaringan sulung buat KL City, selepas menerima umpanan cantik daripada Giancarlo Gallifuoco, namun percubaan deras beliau sekadar melewati palang gol Kedah.
Memasuki 10 minit permainan, masih tiada sebarang jaringan terhasil daripada kedua pasukan, dengan bola lebih banyak berlegar di tengah padang.
Akhirnya gol berjaya dihasilkan oleh pasukan pelawat menerusi jaringan daripada Josue yang menghukum kealpaan pertahanan Kedah yang memberi ruang buat KL City menghasilkannya pada minit ke-11.
Pertahanan Kedah jelas tidak berada dalam keadaan terbaik, selepas beberapa kali situasi menyaksikan pemain-pemain serangan KL City berjaya memecah masuk untuk mencipta sesuatu berbahaya.
Gol yang dinanti Kedah akhirnya tiba menerusi Balotelli yang bijak membuat larian solo untuk menewaskan pertahanan lawan, sebelum Azri Ghani turut gagal menyelamatkan percubaan penyerang tersebut pada minit ke-25.
Kedah terus menggandakan jaringan mereka, dengan kali ini giliran Bojan Ciger pula tampil meledak gol pada minit ke-30 hasil sepakan percuma yang diambil begitu baik oleh Lee Tuck.
Down at half time. We keep pushing on! #KLCityFC #ColouringTheCity #SampaiMatiKualaLumpur pic.twitter.com/uj60m5mcjX
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) April 18, 2023
Kelibat Balotelli jelas menghidupkan posisi serangan Kedah ketika ini dengan beliau lebih banyak bergerak serta aktif untuk memberi bantuan buat pemain serangan lain mencipta sesuatu.
Pada separuh masa kedua, tampil Romel Morales untuk kembali menyamakan kedudukan buat KL City pada minit ke-48, selepas penyerang tersebut mudah menanduk hasil hantaran daripada Kipre untuk menewaskan Kalamullah Al-Hafiz.
KL City jelas lebih banyak mendominasi serangan pada separuh masa kedua untuk terus menekan Kedah bagi mendapatkan gol pendahuluan di gelanggang lawan.
Intensiti permainan jelas sangat meningkat selepas 70 minit perlawanan berlangsung, dengan kedua pasukan saling rancak berbalas serangan untuk mendapatkan gol pendahuluan.
Caion tampil dengan begitu cemerlang selaku pemain gantian, selepas penyerang kelahiran Brazil itu berjaya meledak gol ketiga buat KL City pada minit ke-75 untuk terus menekan Kedah.
75' GOL | Herlison Caion meletakkan KL City di hadapan dengan gol pertamanya musim ini!@kda_fc 2-3 @KLCityFootball #LigaSuper2023 #DemiLigaKita pic.twitter.com/ppn3lSPrOB
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 18, 2023
Keputusan perlawanan kekal dengan kemenangan berpihak buat KL City di Alor Setar, menerusi kebangkitan dicipta mereka untuk memperoleh tiga mata penting sebelum menyambut perayaan Aidilfitri.
Kesebelasan utama
Kedah Darul Aman: Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi (Penjaga gol), Rodney Celvin Akwensivie, Bojan Ciger, Amirbek Juraboev, Manuel Gelito Ott (Kapten), Lee Andrew Tuck, Mohamad Al Hafiz Harun, Wan Amirul Afiq Wan Ab Rahman, Muhammad Ariff Farhan Md Isa, Manuel Federico Hidalgo Gasparini, Jonathan Boareto Dos Reis
Kuala Lumpur City (KL City): Muhammad Azri Ab Ghani (Penjaga gol), Mohamad Kamal Azizi Mohamad Zabri, Lambert Ryan Edward Lee Kit Seng, Romel Oswaldo Morales Ramirez, Giancarlo Gallifuoco, Lambert Declan Stephen Lee Kit Meng, Sean Gan Gianelli, Sebastian Osbol Avanzini, Kenny Pallraj Davaragi, Tchetche Hermann Brice Kipre, Paulo Josue Sturmer Dos Reis (Kapten)