Liga Super: Ketajaman Kpah Sherman Ditagih Untuk Julang Kembali Sri Pahang

Penyerang utama Sri Pahang iaitu Kpah Sherman pastinya menjadi antara pemain yang ditagih pasukan untuk aksi malam ini menentang Negeri Sembilan bagi saingan Liga Super.

Selepas mencatat rekod tanpa kalah dalam 11 perlawanan, akhirnya mereka mencatat kekalahan pertama ketika berdepan jaguh handalan negara, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Saat kebangkitan ingin dilakar semula pada aksi seterusnya, skuad kendalian Fandi Ahmad terus tersungkur dengan mencatat kekalahan seterusnya pula di tangan Kuala Lumpur City (KL City) di laman sendiri.

Pastinya dua kekalahan tersebut memberi pengajaran besar buat Sri Pahang untuk kembali mencipta kebangkitan pada aksi seterusnya dan kembali berada di landasan terbaik.

Apatah lagi Sri Pahang juga bakal beraksi di laman sendiri untuk aksi malam ini iaitu Stadium Darul Makmur (SDM) untuk mendapat sokongan padu daripada para penyokong.

Untuk aksi ini, Sri Pahang bakal mendapat cabaran daripada pasukan pelawat yang juga pastinya ingin melakar kebangkitan seterusnya iaitu Negeri Sembilan.

Pada perlawanan lalu, Negeri Sembilan gagal untuk melakar kemenangan selepas terikat seri 1-1 bersama Kuching City untuk terlepas tiga mata seterusnya bagi memperbaiki kedudukan semasa dalam carta liga.

Untuk rekod pertemuan membabitkan kedua pasukan ini menyaksikan masing-masing terikat seri 1-1 ketika saingan Liga Super pusingan pertama yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Pada perlawanan tersebut, Abdul Malik Bin Mat Ariff tampil wira buat Sri Pahang untuk memadam kelebihan jaringan daripada tuan rumah iaitu Casagrande.

Bagi aksi ini, kelibat Kpah Sherman pastinya menjadi tumpuan utama buat Sri Pahang dalam usaha mereka untuk mendapatkan gol serta memastikan tiga mata milik mereka.

Kpah ketika ini sudah pun meledak enam gol daripada 13 perlawanan dihadapi serta mencipta dua bantuan bersama prestasi semasa yang sangat positif.

Walaupun Sri Pahang mengalami masalah kreativiti di posisi serangan, tampil Kpah untuk cuba menyelesaikan perkara itu dengan pemain tersebut lebih banyak turun ke bawah untuk mencipta ruang serta berada di kedudukan tepat untuk menerima hantaran.

Walaupun Kpah dianggap sebagai harapan utama Sri Pahang untuk menggempur kubu pertahanan Negeri Sembilan, pastinya Fandi turut mengatur taktikal supaya lebih ramai pemain membantu penyerang tersebut untuk meningkatkan lebih kreativiti serta peluang mendapatkan gol.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN