Ketajaman Bergson dan Fernando Forestieri pastikan Johor Darul Ta’zim (JDT) teruskan rentak kemenangan apabila cemerlang mengatasi PJ City FC dengan keputusan 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.
JDT turun dengan barisan ampuh untuk menggempur PJ City dengan meletakkan gandingan Bergson da Silva, Arif Aiman Hanapi dan Fernando Forestieri di jentera depan. Jentera tengah mereka juga tidak kurang hebatnya dengan kehadiran Natxo Insa dan Afiq Fazail sebagai double pivot dibantu oleh Leandro Velazquez di depan.
Tuan rumah menguasai perlawanan dengan deretan tekanan diberikan di kawasan defensive third lawan dan hasilnya pendahulu carta penjaring terbanyak Liga Super dengan 11 gol, Bergson akhirnya berjaya mencipta percubaan pertama yang cemerlang ditepis oleh penjaga gol pelawat, Kalamullah Al-Hafiz pada minit ke-6.
Dengan membariskan lima benteng ketika bertahan, PJ City berjaya menyekat cubaan asakan diatur lawan.
Benteng bertiga yang dibarisi Raffi Nagoorgani, M. Tamilmaran dan Zainal Abidin akan dibantu oleh dua bek sayap ketika bertahan – Aroon Kumar dan K. Prabakaran yang akan turun membentuk barisan bek berlima.
Mengharapkan serangan balas untuk menyerang kubu JDT, PJ City hadir di minit ke-20 menerusi rembatan jarak jauh oleh pemain tengah, Shivan Pillay yang menewaskan Farizal Marlias, namun ia hanya menggegar palang.
Dikejutkan dengan percubaan tersebut, Harimau Selatan bangkit meledak jaringan pertama perlawanan tiga minit berselang. Bergson berjaya melepaskan rembatan deras dari luar kotak penalti hasil hantaran Leandro.
Minit ke-26, Forestieri meletakkan JDT selesa mendahului perlawanan dengan dua gol, hasil ledakan menerusi sepakan percuma ke sudut sebelah kiri gol Kalamullah seperti ketika mengatasi Selangor FC baru-baru ini.
Dua gol jarak jauh membuktikan tuan rumah sentiasa ada cara untuk menembusi kubu lawan biarpun sukar.
23' GOL | JDT kini berada di depan hasil rembatan Bergson yang tepat menuju ke penjuru gawang!@OfficialJohor 1-0 @pjcityfc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/cTerKS5SQB
— Malaysian Football League (@MFL_MY) June 28, 2022
25' GOL | Sepakan percuma Fernando Forestieri menggandakan kelebihan skuad Harimau Selatan!@OfficialJohor 2-0 @pjcityfc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/RgbxMowILA
— Malaysian Football League (@MFL_MY) June 28, 2022
The Phoenix adakalanya cuba menyerang, namun ia tidak cukup baik untuk membocori benteng ampuh yang diketuai Shane Lowry dan Shahrul Saad di bek tengah serta Matthew Davies dan Corbin Ong di sebelah sisi.
Perubahan di buat di awal babak kedua dengan kemasukkan Nazmi Faiz buat JDT dan Mahalli Jasuli buat PJ City.
Kemasukkan Mahalli dilihat sebagai pemain yang disandarkan harapan oleh pengendali, P. Maniam untuk membentuk kombinasi bersama Darren Lok yang berjaya diasingkan benteng JDT dengan jentera tengah.
Begitupun, mereka masih bergelut menjana asakan ke benteng tuan rumah walaupun membaiki kawalan bola.
65' GOL | Bergson meledak sekali lagi untuk gol ketiga JDT!@OfficialJohor 3-0 @pjcityfc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/yTsX1ZYAym
— Malaysian Football League (@MFL_MY) June 28, 2022
85' GOL | Fernando Forestieri menyudahkan hantaran Bergson untuk gol keempat JDT!@OfficialJohor 4-0 @pjcityfc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/Dgbb5rqzHi
— Malaysian Football League (@MFL_MY) June 28, 2022
Disebalik itu, JDT terus meledak gol ke-3 dan ia dilakar oleh Bergson di minit ke-65. Ia dihasilkan hasil gerakan yang dimulakan Arif dan Forestieri sebelum ia disudahkan dengan rembatan padu oleh penyerang tersebut.
Di saat perlawanan seakan-akan akan berkesudahan dengan tiga gol tanpa balas, Forestieri memberikan jaringan ke-4 dan terakhir tuan rumah buat para penyokong yang hadir ke stadium pada minit ke-85. Ia menamatkan sisa perjuangan PJ City untuk membawa pulang mata dari tempat lawan dan tiga mata penuh buat JDT.
Ia mengukuhkan kedudukan mereka di persada Liga Super dengan 22 mata, tiga mata di depan Sabah FC.