Liga Super: Sekadar Terikat Seri, Selangor Gagal Catat Kemenangan di Laman Sendiri Untuk Raih Tiga Mata

Selangor gagal untuk mengambil peluang mencatat kemenangan mengatasi Sabah biarpun beraksi di halaman sendiri apabila kedua pasukan sekadar terikat seri 1-1.

Walaupun tampil dengan corak permainan lebih menyakinkan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), tuan rumah gagal memanfaatkan banyak peluang terbuka untuk membenam cabaran anak buah Datuk Ong Kim Swee.

Selangor berjaya meledak gol sulung mereka seawal dua minit permainan menerusi penyerang import, Herlison Caion setelah pemain tersebut tenang membuat larian solo sebelum mudah menewaskan Khairul Fahmi Che Mat dan meletakkan keputusan semasa 1-0.

Sabah nyata masih bergelut untuk menyesuaikan diri dalam perlawanan tersebut apabila setiap bentuk serangan mereka gagal menembusi pertahanan tuan rumah selepas 10 minit permainan berlangsung.

Selangor sekurangnya memiliki tiga atau empat peluang untuk mencatat gol kedua perlawanan menerusi Caion, Hyuri Henrique, Dan Brendan Gan, namun percubaan yang dibuat gagal untuk menemui titik penyudah.

Pada separuh masa kedua, Sabah masih lagi belum dapat mencipta sebarang peluang terbaik untuk mencari jaringan penyamaan, apabila Selangor kekal berdisplin di posisi pertahanan.

Saat Selangor rancak menyerang, secara tiba-tiba tampil Saddil Ramdani untuk meledak gol penyamaan buat Sabah menerusi gerakan lincah beliau dari sebelah kiri tuan rumah pada minit ke-52.

Walaupun kedua pasukan saling melancarkan serangan untuk memburu gol pendahuluan, nyata bola lebih banyak berlegar di tengah padang walaupun tuan rumah lebih mendominasi perlawanan.

Kemasukan import baharu Sabah, Jose Embalo juga tidak begitu memberi impak buat pelawat di bahagian serangan bagi mencari gol kedua mereka di tempat lawan.

Keputusan kekal dengan Sabah berjaya mengikat Selangor di tempat lawan walaupun tuan rumah terlebih dahulu mendahului menerusi Caion sebelum Saddil menyamakan kedudukan di separuh masa kedua.

Kesebelasan utama Selangor

Samuel Jacob Somerville (Penjaga Gol)

Quentin Cheng Jiun Ho

Yazan Mousa Mahmoud Al-Arab

Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi

Herlison Caion de Souza Ferreira

Hyuri Henrique de Oliveira Costa

Muhamad Safuwan Baharudin

Muhammad Fazly Mazlan

Alexander Agyarkwa Ameyaw

Sharul Nazeem Zulpakar

Brendan Seng Ling Gan (Kapten)

Kesebelasan utama Sabah

Khairul Fahmi Che Mat (Penjaga Gol)

Rawilson Batuil

Jackson de Souza

Taesu Park

Baddrol Bakhtiar (Kapten)

Taiki Kagayama

Mohd Rizal Mohd Ghazali

Mohd Amri Yahyah

Gary Steven Robbat

Stuart John Wilkin

Saddil Ramdani

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN