Bermula malam esok, tirai saingan Liga Super 2022 bakal kembali bersambung setelah berehat agak panjang sebelum itu bagi memberi laluan buat kejohanan antarabangsa, kelayakan Piala Asia 2023 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Sebanyak lima perlawanan bakal berlangsung minggu ini setelah pertemuan antara Kedah Darul Aman (KDA) menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) telah ditunda ke tarikh lain kerana atas alasan tersendiri.
Ini sedikit huraian mengenai pertemuan antara pasukan yang bakal bertanding pada malam esok serta hari Ahad.
Melaka United vs Negeri Sembilan
Pertemuan ‘Naning derby’ ini merupakan salah satu tarikan saingan liga malam esok apabila kedua pasukan ini bakal membuat perhitungan di Stadium Hang Jebat untuk misi mengutip tiga mata penuh.
Melaka United setakat ini tidak membuat sebarang perubahan pemain setelah pengendali mereka, Asri Ninggal optimis dengan barisan sedia ada untuk membawa pasukan sehingga akhir musim.
PERLAWANAN KE-7 LIGA SUPER MALAYSIA 2022
MELAKA UNITED FC lwn NEGERI SEMBILAN FC
🗓 Sabtu, 18 Jun 2022
🏟 Stadium Hang Jebat, Melaka
🕗 8.15 malamTiket online di: https://t.co/Jr7H9JJKnn
*Kemasukan percuma bagi kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah serta OKU.#NextMatch pic.twitter.com/5RNgwlhQ0l
— Melaka United FC (@MelakaUnitedFC) June 14, 2022
Negeri Sembilan pula tampil dengan dua perubahan import mereka di bahagian tengah dan serangan setelah posisi tersebut dikesan agak lemah ketika beberapa perlawanan sebelum itu.
Pemain tumpuan Melaka United: Ifedayo Olusegun
Pemain tumpuan Negeri Sembilan: Herold Goulon
Sabah vs Sri Pahang
Sabah dilihat telah pun membuat persediaan agak rapi menerusi siri perlawanan persahabatan di Indonesia demi mengukuhkan setiap posisi dalam pasukan.
Sri Pahang pula dikhabarkan merombak beberapa pemain import mereka di segenap posisi demi mengukuhkan kembali pasukan tersebut agar mampu mencabar setiap pasukan dalam saingan liga musim ini.
Get ur ticket now! 2000 Physical tickets di Likas or via https://t.co/8dNTaCxKM3!
🦏 Ada K-Clique busss! pic.twitter.com/bW1AMrPodJ
— Sabah FC Official (@SabahFCofficial) June 17, 2022
Kedua pertembungan ini dilihat agak menarik kerana Sri Pahang masih mencari kestabilan dalam permainan mereka serta Sabah pula semakin mendapat keyakinan menerusi persiapan dibuat.
Pemain tumpuan Sabah: Taiki Kagayama
Pemain tumpuan Sri Pahang: Manuel Hidalgo
Penang vs Petaling Jaya City
Penang yang mendapat sentuhan terbaharu daripada pengendali, Zainal Abidin Hassan dilihat bakal tampil dengan sesuatu yang berbeza berbanding sebelum itu untuk kembali bangkit daripada episod malang awal musim ini.
Petaling Jaya City (PJ City) pula bakal sedikit tempang tanpa tonggak tengah mereka iaitu Nasir Basharudin yang mengalami kecederaan ACL untuk berehat panjang.
Liga Super Malaysia is back, We face Penang FC this weekend at Bandaraya Stadium.#YakiniLokal #ThePhoenix #QNET pic.twitter.com/EzTN76yvKg
— PJ City FC (@pjcityfc) June 16, 2022
Kedua pasukan ini masih lagi tidak konsisten dalam permainan dan PJ City mungkin beruntung sedikit kerana ketajaman mereka di bahagian serangan jelas menyerlah.
Pemain tumpuan Penang: Casagrande Anselmo
Pemain tumpuan PJ City: Mahalli Jasuli
Terengganu vs Kuala Lumpur City
Satu pertemuan yang dijangka sengit minggu ini melibatkan kedua pasukan tersebut di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak apabila masing-masing dilihat berada dalam prestasi terbaik untuk mencari kemenangan.
KL City pastinya mahu menggunakan peluang bertemu Terengganu ini sebaik mungkin untuk persediaan menghadapi saingan Piala AFC tidak lama lagi.
Selepas 50 hari tanpa bolasepak, SABTU ini Terengganu FC kembali! Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin bakal kembali BERGEMA! 😭🏴🏳️#TerengganuFC #WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/Sw4TLy1caA
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) June 16, 2022
Pasukan ini tidak membuat sebarang perubahan dan Bojan Hodak pastinya bakal mempertaruhkan gandingan Romel Morale, Paulo Josue, dan Kevin Koubemba untuk merobek gawang lawan.
Terengganu juga dilihat mempunyai persediaan rapi menerusi siri-siri perlawanan persahabatan sebelum itu dan Nafuzi Zain mempunyai pilihan pemain tersendiri untuk menghadapi KL City seperti Habib Haroon, Tchetche Kipre, serta Faiz Nasir.
Pemain tumpuan KL City: Romel Morales
Pemain tumpuan Terengganu: Faiz Nasir
Selangor vs Sarawak United
Selangor antara pasukan yang langsung tidak membuat sebarang perubahan pemain ketika ini.
Pengendali mereka, Michael Feichtenbeiner nyata berpuas hati dengan aksi pemain import mereka selain peningkatan ditunjukkan oleh Alex Agyarkwa dan Hein Htet Aung yang mewakili Selangor 2 sebelum itu untuk membantu pasukan utama.
#LS10 : Selangor FC vs Sarawak United FC
🏟 Stadium MBPJ, Kelana Jaya
📅 Ahad, 19/6/2022
🕙 9PM
🆚 Sarawak United FCSFC kembali beraksi dalam #LigaSuper2022 Ahad ini. Ayuh, suarakan sorakan, ini #LanggamGendangPerang ! Info jualan tiket akan diumumkan kelak.
Dikuasakan PKNS pic.twitter.com/Qlfi3aWMwW
— Selangor FC (@selangorfc) June 14, 2022
Sarawak United setakat ini bermasalah di bahagian pertahanan apabila merekodkan jumlah bolos agak besar sebelum itu.
Dijangka B. Satiananthan telah pun mengkaji faktor kelemahan tersebut dan memperbaikinya lebih baik sepanjang saingan liga berehat sebelum itu.
Pemain tumpuan Selangor: Herlison Caion
Pemain tumpuan Sarawak United: Shamie Iszuan