Kedah gagal manfaatkan peluang untuk menduduki takhta liga pada perlawanan sebentar tadi apabila mereka sekali lagi mencatat kekalahan 2-3 di tangan Melaka United dalam aksi ketujuh Liga Super Malaysia musim ini di Stadium Darul Aman, Alor Star.
https://twitter.com/melakaunitedfc/status/1522592477546381313?s=21&t=CcncAmlD5k736vF1HrYdaw
Seawal permainan menyaksikan Kedah lebih mendominasi perlawanan menerusi siri-siri serangan yang lebih banyak beroperasi dari bahagian sisi.
Walaupun menguasai bahagian serangan, nyata Kedah masih belum mendapat sebarang peluang untuk membuat percubaan tepat sehingga minit ke-10 apabila Melaka United begitu berdisiplin mengawal benteng pertahanan mereka dari dibocori.
Ifedayo berjaya melepaskan satu percubaan lemah dari luar kotak penalti pada minit ke-16 setelah mendapat ruang yang agak besar ditinggalkan pertahanan. Namun percubaan penyerang import tersebut sedikit tersasar keluar.
Tidak lama kemudian, giliran Wan Zaharulnizam dan Sonny Norde pula mendapat ruang membuat percubaan bertali arus sebelum kedua percubaan pemain tersebut dinafikan dengan baik oleh Ifwat Akmal serta barisan pertahanan.
Sehingga 20 minit perlawanan akhirnya Ronald Ngah berjaya membuka tirai jaringan buat Kedah setelah menerima umpanan cantik daripada Syafiq Ahmad dari luar kotak penalti untuk menewaskan Tian Keat See.
GOL! 38' Syafiq merembat padu gol kedu KDA FC.
KDA FC 2-1 MELAKA UTD FC
⚽ 25' NGAH WANJA KDA FC
⚽ 28' IFEDAYO MUFC
⚽ 38' SYAFIQ AHMAD KDA FC🔴 LIVE di Unifi TV, Youtube Unifi#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2022season #LS7 #KDAMEL pic.twitter.com/VoWrjvOtnt
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) May 6, 2022
Pada minit ke-23, Melaka kembali merapatkan jurang menerusi penyerang berbisa mereka iaitu Ifedayo Olusegun setelah pemain tersebut menerima hantaran menarik daripada Wan Zaharulnizam untuk kembali merancakkan permainan.
Syafiq Ahmad kembali meletakkan Kedah di hadapan apabila pemain ini berjaya melepaskan rembatan deras dari luar kotak penalti untuk membuatkan Tian See Kiat terus tergamam tanpa sempat berbuat apa-apa pada minit ke-36.
Emmanuel Otti hampir kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-53 namun rembatan pemain tengah tersebut sedikit tersasar keluar untuk memberi kelegaan di kem Kedah.
Sesekali tuan rumah juga hadir menerusi beberapa siri serangan berbahaya namun segala percubaan Kedah berjaya diserap dengan baik oleh pertahanan pelawat.
Melaka United enggan mengalah lebih awal apabila Emmanuel Oti kembali menghidupkan peluang pasukannya pada minit ke-78 setelah kesilapan dibuat oleh Ifwat Akmal yang gagal untuk mengeluarkan bola dengan lebih baik sebelum pemain tengah import tersebut menyambar peluang terhidang depan gol.
Kedah terus dihambat derita apabila Melaka United berjaya memuktamadkan perlawanan menerusi gol penghujung minit perlawanan menerusi Ifedayo Olusegun pada minit ke-91.
Keputusan kekal tamat dengan Melaka United memperoleh kemenangan kedua musim ini dengan mengatasi Kedah di gelanggang lawan.
Aidil Sharin pastinya individu yang paling merasa tertekan dengan keputusan ini setelah mencatat dua kekalahan berturut-turut dengan sebelum ini tewas di tangan Sabah.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!