Petaling Jaya City (PJ City) gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri, apabila pasukan tersebut mengalami kekalahan di tangan pelawat iaitu Sabah dengan keputusan 1-2 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Walaupun beraksi dengan sangat bagus di separuh masa pertama, termasuk jaringan yang dihasilkan oleh Darren Lok, PJ City dilihat serba tidak menjadi selepas itu untuk membenarkan pelawat mendominasi perlawanan serta meledak dua gol kebangkitan.
KEPUTUSAN MASA PENUH – LS13#LigaSuper2022 pic.twitter.com/u8rKe5GOeg
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 26, 2022
Seawal lima minit perlawanan, jelas tuan rumah dilihat mendominasi permainan menerusi beberapa siri serangan untuk mendapatkan gol pertama mereka.
Walaupun jelas PJ City lebih banyak menguasai perlawanan, pasukan tersebut masih dilihat buntu untuk menembusi barisan pertahanan pelawat yang berdisiplin untuk mengekang gerakan-gerakan dicipta.
Pada minit ke-34, Darren Lok akhirnya memecahkan kebuntuan perlawanan, apabila penyerang tersebut berjaya meledak gol pertama permainan buat PJ City menerusi satu tandukan padu untuk mengelirukan Khairul Fahmi Che Mat.
34' GOL | Darren Lok menanduk masuk sepakan penjuru Ruventhiran untuk gol pendahuluan di Stadium MBPJ!@pjcityfc 1-0 @SabahFCofficial #LigaSuper2022 pic.twitter.com/tvMSDxhhTM
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 26, 2022
Sekembalinya di separuh masa kedua, Sabah berjaya memperoleh gol penyamaan menerusi Taiki Kagayama, setelah berlakunya situasi kelam kabut di hadapan gawang gol PJ City pada minit ke-48.
Selepas meledak gol penyamaan, nyata Sabah terus meningkatkan intensiti untuk memberi penekanan buat benteng pertahanan PJ City bagi mencari gol kedua mereka.
Irfan Fazail nyata memberi impak yang tersendiri selaku pemain gantian apabila beliau berjaya meledak gol kedua buat Sabah pada minit ke-74 untuk terus memberi tekanan buat tuan rumah.
PJ City nyata serba tidak menjadi apabila Sabah tampil lebih bersedia di separuh masa kedua untuk mengatasi lawan dengan siri serangan lebih tajam ke kubu pertahanan tuan rumah.
Semakin menuju ke penghujung perlawanan, PJ City semakin meningkatkan intensiti permainan bagi mencari kembali sekurangnya gol penyamaan menerusi beberapa siri serangan berbahaya dicipta.
75' GOL | Sabah FC kini berada di depan hasil jaringan Irfan Fazail!@pjcityfc 1-2 @SabahFCofficial #LigaSuper2022 pic.twitter.com/LXmKYE3Dpk
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 26, 2022
Keputusan perlawanan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan untuk Sabah berjaya mengutip tiga mata penuh di gelanggang lawan, biarpun tampil dengan serba tidak lengkap dari kesebelasan utama diturunkan.
Kesebelasan utama
Petaling Jaya City: Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi (Penjaga Gol), Aroon Kumar Ramaloo, Shivan Pillay Asokan, Mahalli Jasuli, Ruventhiran Ruventhiran, Prabakaran Kanadasan, Filemon Anyie Standly, Darren Yee Deng Lok, Barathkumar Ramaloo, Gurusamy Govandar Kamdasamy (Kapten Pasukan), Zainal Abidin Jamil
Sabah: Khairul Fahmi Che Mat (Penjaga Gol), Abdul Hanafie Tokyo Abdul Hasim, Rawilson Batuil (Kapten Pasukan), Muhammad Farhan Roslan, Taiki Kagayama, Alto Linus, Mohd Amri Yahyah, Gary Steven Robbat, Nazirul Naim Che Hashim, Stuart John Wilkin, Ummareng Bacok