Nilai Skuad JDT Hampiri €10 Juta, Selangor Hanya €3 Juta Sahaja Ditangga Kedua

Johor Darul Ta'zim

Empat pasukan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor, Kedah Darul Aman (KDA) dan Sabah mengungguli carta kelab paling bernilai di Malaysia.

Keempat-empat pasukan ini dilihat sebagai antara yang berjaya menghimpunkan skuad terbaik dari segi reputasi pemain terutamanya JDT dan Sabah yang dipenuhi ramai pemain bintang.

Menurut laporan dari Transfermarkt, JDT jelas jauh meninggalkan kelab-kelab Liga Malaysia yang lain dari segi nilai skuad apabila Harimau Selatan dinilaikan dengan jumlah €8.70 juta (RM39.2 juta) – nilai tersebut begitu hampir dengan angka RM40 juta.

Nilai ini tidak hairan untuk disaksikan apabila JDT terhimpun dengan ramai pemain berprofil tinggi seperti Farizal Marlias, Safawi Rasid dan juga Arif Aiman.

Malah, mereka turut mempunyai pemain-pemain import berkelas tinggi seperti Bergson da Silva, Fernando Forestieri dan juga Jordi Amat.

Sementara bagi pencabar terdekat, Selangor pula mereka berjaya menduduki tangga kedua namun dibezakan dengan jurang nilai skuad yang tinggi.

Skuad Selangor dinilaikan sebanyak €3.89 juta (RM18 juta) dengan Gergasi Merah dibarisi oleh tenaga import yang mempunyai status sebagai pemain kebangsaan seperti Yazan al-Arab dan Baha’ Abdel-Rahman.

Malah, mereka juga mempunyai pemain-pemain tempatan yang membarisi Harimau Malaya di pelbagai tahap seperti Khairulazhan Khalid, Danial Asri dan Quentin Cheng.

KDA tidak jauh berada di belakang Selangor dengan skuad Aidil Sharin dinilaikan pada €3.47 juta (RM16 juta).

Mereka yang dibarisi pemain-pemain seperti Ronald Ngah Wanja, Mahmoud Al-Mardi dan Fayadh Zulkefli berkongsi nilai yang sama dengan Sabah yang dibarisi ramai bekas pemain kebangsaan.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee dibarisi pemain-pemain seperti Baddrol Bakhtiar, Park Tae-su dan Khairul Fahmi Che Mat untuk menduduki tangga keempat pasukan paling bernilai di Malaysia.

Berikut merupakan senarai penuh 12 pasukan Liga Super mengikut nilai mereka:

  1. Johor Darul Ta’zim – €8.70 juta (RM39.2 juta)
  2. Selangor – €3.89 juta (RM18 juta)
  3. Kedah Darul Aman – €3.47 juta (RM16 juta)
  4. Sabah – €3.47 juta (RM16 juta)
  5. Sri Pahang – €3.40 juta (RM15.4 juta)
  6. Kuala Lumpur City – €3.30 juta (RM15 juta)
  7. Terengganu – €3.25 juta (RM14.7 juta)
  8. Penang – €2.75 juta (RM12.5 juta)
  9. Negeri Sembilan – €2.71 juta (RM12.3 juta)
  10. Petaling Jaya City – €2.38 juta (RM10.8 juta)
  11. Melaka United – €2.21 juta (RM10 juta)
  12. Sarawak United – €2.01 juta (RM9 juta)
Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN