Sri Pahang kini dilihat kembali berada di landasan sebenar mereka dalam saingan Liga Super, setelah tampil cemerlang dengan mencatat dua kemenangan berturut-turut bawah kendalian Dato’ Dollah Salleh.
Setelah tampil dengan prestasi tidak menentu pada awal musim, nyata kemasukan Dollah bersama-sama Fandi Ahmad berjaya membuahkan hasil setakat ini dengan keputusan positif berjaya dicatat.
What a game! 🟡🔵#WhereLegendsAreBorn #extrajossmalaysia #hakkaclo #PosMalaysia pic.twitter.com/8g9EqTBKFn
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) August 1, 2022
Walaupun ramai beranggapan Dollah dilihat tidak lagi relevan dalam dunia bola sepak moden, pengendali tersebut berjaya membuktikannya menerusi persembahan Sri Pahang yang berkualiti dipamerkan.
Pada perlawanan menentang Kedah Darul Aman (KDA) semalam, ada tiga faktor kemenangan Sri Pahang berjaya dikesan dan dijangka momentum tersebut bakal berterusan untuk perlawanan seterusnya.
Corak permainan
Sri Pahang berjaya menampilkan corak permainan yang sangat menyakinkan pada perlawanan semalam ketika menentang KDA.
Pasukan kendalian Dollah ini bergerak dalam satu unit ketika menyerang dan berjaya mempamerkan corak pertahanan yang berdisiplin untuk menyerap segala bentuk asakan cuba dibuat oleh pelawat.
Lebih menarik, hub kreativiti di bahagian serangan juga dilihat bertambah baik berbanding dalam aksi-aksi sebelum ini menerusi beberapa siri gerakan yang menarik dicipta.
Kualiti import membantu pasukan
Kehadiran beberapa muka baharu untuk kuota import Sri Pahang ketika ini semakin memberi impak positif buat pasukan menerusi sumbangan mereka di atas padang.
Pada perlawanan semalam, penyerang import mereka iaitu Steven Rodriguez membuktikan kepada para penyokong mengapa beliau layak menyarung jersi kelab.
Intense game in the rain,
And tonight we are triumphant!👏🏻#WhereLegendsAreBorn #extrajossmalaysia #hakkaclo #PosMalaysia pic.twitter.com/bHUsknVPLT— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) August 1, 2022
Setakat ini, Steven sudah pun meledak empat gol daripada tiga perlawanan berturut-turut dihadapi oleh Sri Pahang untuk membuktikan ketajaman beliau.
Pasukan pelawat tampil serba tidak menjadi
Salah satu faktor penting kejayaan Sri Pahang semalam apabila pelawat, KDA dilihat kurang memberi impak positif sepanjang perlawanan berlangsung.
Sri Pahang berjaya memanipulasi masalah yang dihadapi KDA untuk menguasai permainan serta mengambil peluang meledak gol.
Kelemahan dari segi persefahaman sesama pemain paling ketara apabila banyak kesilapan dibuat pelawat yang memakan diri terutama sekali pada gol pertama Sri Pahang.
67' GOL | Steven Rodriguez menggandakan kelebihan tuan rumah!@OfficialPahang 2-0 @kda_fc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/SfnxtD8Dm5
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 1, 2022
Selain faktor kecemerlangan Mamadou Samassa yang menafikan beberapa percubaan pelawat, KDA sendiri agak buntu dari segi kreativiti untuk mencipta seberapa peluang dengan baik.