Liga Super: Hatrik Kipre Buat Terengganu Berpesta Gol ‘Lanyak’ Melaka United

Jaringan hatrik Tchetche Kipre melengkapkan malam gemilang buat Terengganu selepas berpesta jaringan menewaskan Melaka United dengan 5 gol.

Kemenangan ini juga membuatkan Terengganu berada dalam rentak terbaik menjelang perlawanan akhir Piala FA menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) Sabtu depan.

Namun kemenangan mereka ini terpaksa dibayar mahal selepas penjaga gol utama mereka ketika ini berada di hospital untuk menerima rawatan selepas berlaku perlanggaran dalam perlawanan ini.

Terengganu membuka tirai jaringan pertama menerusi Kpah Sherman selepas menerima hantaran cantik dari Faisal Halim pada minit ke-15.

Terengganu terus mempertingkat serangan demi serangan ke kawasan Melaka dan mereka mempunyai beberapa peluang untuk menambah jaringan namun ia dipersiakan begitu sahaja.

Skuad kendalian Asri Niggal terpaksa bermain sedikit bertahan dan akan cuba mengatur serangan balas jika berpeluang.

Terengganu banyak menyerang dari sebelah kanan menerusi Faisal dan gerakan beliau sentiasa mendatangkan masalah untuk pertahanan Melaka yang dilihat sedikit sukar mengekang gerakan beliau.

Sebaik separuh masa kedua bermula, penjaga gol utama Terengganu, Rahadiazli Rahalim terpaksa dibawa ke hospital selepas berlaku satu perlanggaran antara beliau bersama Harith Naem.

Skuad kendalian Nafuzi Zain terus mengekalkan intensiti tinggi dengan menekan pihak lawan dengan pelbagai corak serangan tanpa memberi peluang untuk Melaka United bergerak bebas dalam mengatur serangan.

 

Faisal sekali lagi menjadi watak penting apabila gerakan beliau berjaya menghasilkan jaringan kedua pada minit ke-61 melalui pemain gantian, Nik Sharif Haseefy.

Belum sempat barisan pertahanan Melaka untuk menyusun semula bahagian pertahanan, Terengganu menambah derita mereka untuk jaringan ketiga menerusi Kipre pada minit ke-66.

Faisal terus membuktikan bahawa beliau antara pemain terbaik di Malasysia ketika ini selepas sekali lagi menjadi watak penting untuk jaringan keempat menerusi Kipre pada minit ke-74.

Selang tujuh minit kemudian, Kipre terus menambah duka penjaga gol Melaka apabila melengkapkan hatrik beliau pada minit ke-81 sekali lagi hasi gerakan lincah dari Faisal.

Dalam perlawanan ini, Faisal begitu menyerlah sehingga pemain Melaka gagal menyekat pergerakan beliau.

Kemenangan ini sudah pasti cukup penting untuk para pemain bagi mengekalkan momentum menjelang perlawanan akhir 10 September nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN