Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya untuk meraih kemenangan kelapan mereka sebentar tadi dalam saingan Liga Super 2022 apabila mereka menewaskan Sabah dengan keputusan 2-1 di Stadium Likas sebentar tadi.
FREEKICK SPECIALIST!
LAST MINUTE WINNER!!!@Forestieri45 double gets us three points and extends our lead at the top!— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) July 15, 2022
Pada perlawanan tersebut, jelas kedua pasukan berjaya mempamerkan aksi yang sangat berkualiti untuk masing-masing merebut takhta liga sepanjang minit permainan.
Tampil selaku tuan rumah, Sabah berjaya memperoleh gol pendahuluan terlebih dahulu menerusi Park Tae-su sebelum kelebihan satu gol tersebut dipadam oleh dua jaringan menerusi Fernando Forestieri di separuh masa pertama dan penghujung masa tambahan.
Seawal lima minit permainan menyaksikan pelawat jelas menguasai permainan dengan beberapa siri serangan berjaya dilancarkan ke kawasan Sabah.
Sabah nyata sedikit kelam kabut pada awal perlawanan jelas lebih banyak bertahan menahan asakan lawan yang dilihat sudah menyesuaikan diri dengan secepat mungkin sejak wisel permulaan ditiupkan.
Selepas 10 minit perlawanan, Sabah akhirnya mendapat rentak yang dicari mereka apabila giliran tuan rumah pula untuk menguasai perlawanan menerusi siri serangan bertali arus yang dilancarkan.
19' GOL | Park Tae-su meletakkan Sabah FC di depan!@SabahFCofficial 1-0 @OfficialJohor #LigaSuper2022 pic.twitter.com/4Gu9mDizNN
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 15, 2022
Sabah akhirnya mendapat jaringan pertama mereka menerusi Park Tae-su pada minit ke-19 untuk meletakkan tuan rumah di hadapan terlebih dahulu.
Gol terhasil apabila pemain import tersebut berjaya melepaskan rembatan deras untuk menewaskan Farizal Marlias, setelah pertahanan pelawat gagal mengeluarkan bola dengan lebih baik dari kawasan berbahaya.
Pada minit ke-26, giliran JDT pula kembali menyamakan kedudukan menerusi Fernando Forestieri setelah pemain tersebut menerima hantaran cantik dari sebelah kanan menerusi Arif Aiman untuk menjadikan keputusan semasa 1-1.
26' GOL | Fernando Forestieri menyudahkan "cut back" Arif Aiman untuk gol penyamaan di Stadium Likas!@SabahFCofficial 1-1 @OfficialJohor #LigaSuper2022 pic.twitter.com/ZZM9bdHG7f
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 15, 2022
Separuh masa kedua menyaksikan JDT lebih mendominasi perlawanan untuk terus mengasak ke kubu Sabah bagi mencari gol kedua mereka.
Perlawanan juga sering dihiasi dengan tiupan wisel oleh pengadil apabila banyak kekasaran melibatkan kedua pasukan tersebut berlaku sejak separuh masa pertama permainan.
Forestieri mengesahkan kemenangan tersebut apabila berjaya meledak gol kedua buat JDT pada minit ke-94 menerusi sepakan percuma di luar kotak penalti untuk mengecewakan ribuan para penyokong tuan rumah.
Keputusan perlawanan kekal 2-1 dengan kemenangan memihak buat JDT untuk terus mengukuhkan kedudukan carta liga.
Perlawanan juga berakhir dengan sedikit tegang apabila ada pergeseran berlaku membabitkan para pemain kedua pasukan di atas padang sebelum wisel penamat ditiupkan oleh pengadil.
Kesebelasan utama
Sabah: Khairul Fahmi Che Mat (Penjaga gol), Jackson de Souza, Taesu Park, Baddrol Bakhtiar (Kapten), Tommy Mawat Bada, Taiki Kagayama, Mohd Rizal Mohd Ghazali, Gary Steven Robbat, Dominic Tan Jun Jin, Saddil Ramdani, Jose Alberto Djalo Embalo
Johor Darul Ta’zim: Mohd Farizal Marlias (Penjaga gol), Matthew Thomas Davies, Mohd Afiq Fazail, Leandro Sebastian Velazquez, Shane Thomas Lowry, La’vere Lawrence Corbin-Ong, Muhammad Syafiq Ahmad, Ignacio Insa Bohigues, Shahrul Mohd Saad, Arif Aiman Mohd Hanapi, Fernando Martin Forestieri