Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak berdepan sebarang masalah untuk meneruskan momentum cemerlangnya dalam aksi Liga Super selepas mudah membenam Kuching City 4-0 di Stadium Negeri, Kuching.
Pesat golskuad kendalian Esteban Solari itu dimulakan oleh jaringan awal Fernando Forestieri hanya selepas empat minit perlawanan bermula.
Penyerang kelahiran Argentina itu meledak gol kedua peribadinya pada minit ke-36 untuk melebarkan kelebihan buat pasukan pelawat.
Kuching City gagal memanfaatkan peluang terbaik selepas Hidhir Idris bijak mengatasi perangkap ofsaid dan membuat larian ke arah gol, namun percubaannya hanya sedikit tersasar di bahagian tepi gawang gol yang dikawal Syihan Hazmi.
Aksi di babak kedua menyaksikan JDT meneruskan mendominasi penguasaan bola dan hasilnya lorongan Arif Aiman kepada Bergson da Silva pada minit ke-70 menghasilkan gol ketiga dan menambah kedukaan buat pasukan tuan rumah.
Hanya empat minit kemudian, pemain gantian, Juan Muniz mempamerkan kemahirannya dengan melepaskan rembatan dari luar kotak penalti dengan penjaga gol Kuching City, Shaiful Wazizi hanya mampu melihat bola menjunam masuk tempat ke penjuru gawangnya.
Rembatan Juan Muniz macam roket! 🥵🔥🔥.
JDT mengukuhkan kedudukan menentang Kuching City FC dengan kedudukan 0-4#LigaSuper#LigaMalaysia2023#RTMKlik#JDT#KuchingCityFC pic.twitter.com/JAUnm01jwN
— RTM Malaysia (@RTM_Malaysia) May 19, 2023
Kedudukan 4-0 kekal sehingga tamat perlawanan untuk JDT mematerikan kemenangan ke-11 berturut-turut dan sekaligus mengekalkan rekod bersih 100% kemenangan bagi musim 2023 ini.