Kedah Darul Aman (Kedah) berjaya menarik nafas lega untuk tidak dimalukan Sri Pahang, selepas pasukan kendalian Nafuzi Zain itu berjaya mengikat tuan rumah seri 1-1 di gelanggang lawan.
Sri Pahang pastinya menjadi pasukan paling kecewa pada perlawanan ini, selepas pasukan itu gagal untuk memastikan tiga mata penting menjadi milik mereka di hadapan penyokong sendiri.
⚔ FULL TIME ⚔
FT | SRI PAHANG FC 1 – 1 KDA FC
⚽ 62' (P) Stefano Brundo (SRP)
⚽ 90+2' Dos Reis (KDA FC) pic.twitter.com/hGvcLI0X4D— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) April 1, 2023
Lebih perit, Sri Pahang turut dihadiahkan dua kali sepakan penalti dengan salah satu peluang tersebut gagal untuk disudahkan oleh penyerang mereka, Lucas da Silva setelah Stefano Brundo cemerlang sebelum itu menyelesaikan tugas itu.
Buat Kedah, kemasukan Jonathan Balotelli umpama wira buat pasukan tersebut selepas pemain itu muncul untuk meledak gol penyamaan buat Sang Kenari pada minit akhir perlawanan.
Awal lima minit permainan menyaksikan Kedah lebih mendominasi perlawanan untuk menekan pasukan tuan rumah dari segenap arah bagi mendapatkan gol awal.
Intensiti permainan dipamerkan juga agak tinggi dengan Sri Pahang lebih banyak bertahan, serta cuba mencipta ruang menerusi situasi serangan balas pantas.
Walaupun pelawat lebih mendominasi permainan, sesekali Sri Pahang tampil berbahaya menerusi pemain lincah mereka iaitu Baqiuddin Shamsudin yang bijak mengkucar kacirkan pertahanan Kedah.
Selepas 10 minit perlawanan berlangsung, kedua pasukan masih gagal untuk membuat sebarang percubaan tepat berbahaya ke arah gawang gol masing-masing.
⚔ HALF TIME ⚔
HT | SRI PAHANG FC 0 – 0 KDA FC pic.twitter.com/iZUT0v1OSG
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) April 1, 2023
Amirbek hampir membuka jaringan awal buat Kedah menerusi satu percubaan deras dari luar kotak penalti, namun sepakan pemain tengah itu sedikit tersasar keluar untuk memberi kelegaan seketika buat Sri Pahang.
Menuju 30 minit perlawanan, kedua pasukan menampilkan corak permainan agak perlahan dengan bola lebih banyak berlegar di bahagian tengah padang.
Sebelum wisel penamat separuh masa pertama dibunyikan, Sri Pahang tampil dengan asakan bertali arus serta mencipta beberapa percubaan berbahaya bagi mendapatkan gol pertama.
Bersambung di separuh masa kedua, tidak ada sebarang perubahan dibuat oleh kedua pasukan dengan masing-masing masih buntu untuk mendapatkan jaringan pertama.
Akhirnya Sri Pahang mendapat sepakan penalti, selepas bola terkena salah seorang pertahanan Kedah di kawasan tersebut untuk memberi ruang terbuka buat tuan rumah.
Peluang tersebut mudah diambil Stefano Brundo untuk meletakkan Sri Pahang di hadapan, selepas sepakan beliau berjaya menewaskan Kalamullah Al-Hafiz bagi memberi kelebihan buat tuan rumah pada minit ke-62.
Tersentak dengan gol tersebut, pelawat cuba bangkit dengan memperbaiki aspek serangan untuk cuba mencipta lebih banyak peluang mendapatkan jaringan di gelanggang lawan.
Kedah sekali lagi membuat kesilapan, dengan giliran Bojan Ciger pula membuat kekasaran kepada Kpah Sherman bagi memberi sepakan penalti buat tuan rumah.
Namun kali ini, penalti tersebut gagal disudahkan dengan baik oleh Lucas da Silva, setelah rembatan penyerang itu jauh melambung tinggi untuk memberi nafas lega buat Kedah.
Pada masa kecederaan, tampil Jonathan Balotelli untuk menjadi wira buat Kedah, selepas penyerang ini berjaya meledak gol penyamaan untuk memastikan mereka tidak tewas di gelanggang lawan.
Sorotan aksi separuh masa pertama. Kedudukan terikat 0-0. pic.twitter.com/I9J0SFrD0H
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) April 1, 2023
Keputusan tersebut kekal dengan Kedah berjaya mengikat Sri Pahang untuk membawa pulang satu mata berharga daripada gelanggang lawan dalam aksi yang cukup dramatik.
Kesebelasan utama
Sri Pahang: Mohd Izham Tarmizi Roslan (Penjaga gol), Michael John Glassock, Lucas Espindola da Silva, Kpah Sean Sherman, Muhammad Baqiuddin Shamsudin, Stefano Brundo, Muhamad Nor Azam Abdul Azih, Muhammad Syazwan Mohd Andik Ishak, Mohamad Azwan Mohd Aripin, Mohamad Fadhli Mohd Shas (Kapten), Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham
Kedah Darul Aman (Kedah): Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, Mohd Akmal Md Zahir, Bojan Ciger, Amirbek Juraboev, Manuel Gelito Ott (Kapten), Willian Lira Sousa, Mohamad Al Hafiz Harun, Mohamad Heshamudin Ahmad, Mohammad Fayadh Mohd Zulkifli Amin, Muhammad Ariff Farhan Md Isa, Manuel Federico Hidalgo Gasparini