Kedah Darul Aman (Kedah) menjadi antara pasukan dalam saingan Liga Super musim 2023 yang memulakan kempen tersebut dengan meraih kemenangan sulung, selepas kejayaan mereka menewaskan Perak menerusi keputusan 4-1.
Beraksi di gelanggan lawan iaitu Stadium Perak, nyata ia bukannya suatu tugas mudah buat Kedah pada awal permainan selepas mereka ketinggalan terlebih dahulu di tangan lawan hasil jaringan Mohamad Ikhwan Hafizo pada minit ke-3.
⚔ FULL TIME ⚔
3 mata pertama Sang Kenari 💪
FT | PERAK FC 1 – 4 KDA FC
⚽ 3' Ikhwan Hafizo (PRK)
⚽ 16' Lee Tuck (KDA)
⚽ 66' (P) Willian Lira (KDA)
⚽ 84' Ariff Farhan (KDA)
⚽ 90+3' Dos Reis(KDA) pic.twitter.com/xbMoLod420— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) February 25, 2023
Selepas itu, segalanya menjadi milik Kedah dengan pasukan kendalian Nafuzi Zain ini berjaya meledak empat gol untuk memastikan tiga mata dapat dibawa pulang ke Alor Setar.
Empat gol Kedah masing-masing dihasilkan menerusi Lee Tuck, Willian Lira, Muhammad Ariff Farhan, serta pemain import gantian iaitu Jonathan Balotelli pada masa tambahan.
Sepanjang saingan berlangsung, boleh dikatakan segalanya menjadi milik Kedah dan terdapat tiga aspek utama mengapa pasukan tersebut mudah menangani cabaran lawan.
Aspek pengalaman dimiliki Kedah
Berbanding pasukan lawan yang memiliki rata-rata pemain muda, Kedah pula dibarisi keseluruhan tonggak berpengalaman di segenap posisi.
Walaupun kedua pasukan saling membuat rombakan besar, kelebihan terletak kepada Nafuzi yang mempunyai deretan pemain bintang untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama.
Kelebihan tersebut digunakan sebaiknya dengan mereka langsung tidak mempamerkan rasa gugup, serta bijak memanipulasi keadaan berbanding lawan yang begitu mudah terikut-ikut dengan emosi dan kurang matang.
🔰 MAN OF THE MATCH : LEE ANDREW TUCK 🔰
Lee Tuck dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan pada malam ini dalam aksi menentang Perak FC setelah banyak membantu bahagian serangan serta muncul sebagai penjaring gol pertama buat KDA FC! Tahniah Lee Tuck! pic.twitter.com/Z5Mfm2AASt
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) February 25, 2023
Disebabkan itu, skuad kendalian Datuk Lim Teong Kim gagal untuk menakluki permainan biarpun bermula dengan sangat baik pada awalnya.
Kualiti pemain import
Sang Kenari pada musim ini turut membuat rombakan baharu untuk kategori pemain import dengan mereka tampil lebih bersedia berbanding tahun lalu.
Pemain seperti Manny Ott, Manuel Hidalgo, dan Amirbek Juraboev antara yang sangat menonjol pada perlawanan tersebut untuk mengukuhkan cengkaman mereka di posisi tengah dan serangan.
Malang buat Perak pula, selepas bintang serangan mereka iaitu Christian Obiozor mengalami kecederaan sebelum sempat menikmati perlawanan pertama beliau musim ini.
Tonggak import seperti Sunday Afolabi dan Seo Seonong gagal untuk memberi impak lebih besar pada perlawanan tersebut, serta tenggelam dengan kualiti pemain Kedah sehingga wisel penamat ditiupkan.
Kreativiti permainan Kedah lebih baik
Apa yang paling menonjol buat Kedah berbanding Perak ialah dari segi kreativiti mereka dalam menyusun permainan sehingga begitu mudah mereka mempermainkan pasukan lawan.
Hidalgo, Lee Tuck, dan Ott antara yang sangat aktif di posisi serangan serta memiliki lebih banyak idea menarik untuk memecahkan kubu pertahanan Perak bagi mendapatkan gol.
📹 HIGHLIGHTS: @perakfcofficial 1-4 @kda_fc
Ikhwan Hafizo membuka tirai jaringan untuk Perak namun KDA FC bangkit menerusi jaringan Lee Tuck, Willian Lira, Ariff Farhan dan Jonathan Balotelli.
👉 https://t.co/QJ0qRapFdL#LigaSuper2023 pic.twitter.com/7psaRpeFq0
— Malaysian Football League (@MFL_MY) February 25, 2023
Ini sesuatu yang tidak ada pada Perak, dan mereka jelas bergantung kepada siri serangan balas pantas sahaja selain menunggu kesilapan-kesilapan dibuat oleh pemain Kedah.