Liga Super: Adakah Perak Bakal Jadi Mangsa Amukan Gol Di Tangan JDT?

Saingan Liga Super 2023 akan terus bersambung pada malam ini dengan membabitkan beberapa perlawanan yang bakal berlangsung di lokasi berbeza dalam misi setiap pasukan untuk menggapai tiga mata penting.

Salah satu pertembungan yang mencuri tumpuan pastinya terarah kepada aksi membabitkan antara Perak menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) yang pastinya mendapat perhatian ramai penyokong bola sepak tempatan.

Perak ketika ini dilihat bakal berhadapan tugas getir, selepas masih segar dengan kekalahan terbaharu di tangan Penang beberapa hari lalu untuk menentang JDT di laman sendiri.

Musim ini boleh dikatakan segalanya serba baharu buat pasukan tersebut, dengan rata-ratanya dibarisi oleh pemain muda serta bintang import baharu menyertai Liga Super 2023.

Menerusi pengendali mereka iaitu Datuk Lim Teong Kim, kedudukan semasa Perak kini berada di tangga sembilan Liga Super menerusi satu sahaja kemenangan dilakar daripada enam perlawanan.

Bertemu JDT yang kini masih lagi cemerlang mencatat kemenangan dalam aksi liga, pastinya ramai beranggapan Perak bakal menjadi ‘lauk’ seterusnya buat pasukan tersebut musim ini.

Untuk rekod, JDT telah pun mencatat kemenangan besar 7-0 musim ini, selepas kecemerlangan mereka menewaskan Negeri Sembilan di Paroi, serta meneruskan konsistensi tersebut sewaktu mengaibkan Sabah di laman sendiri.

Pastinya ia menjadi suatu igauan ngeri buat Perak yang akan berhadapan JDT buat julung kalinya musim ini di hadapan ribuan penyokong sendiri untuk mengelak daripada turut menjadi mangsa kerakusan Harimau Selatan.

Walaupun belum bertemu JDT, pasukan ini sudah pun dibolosi 10 gol daripada enam perlawanan dihadapi mereka, dan sesuatu pastinya sudah direncana pengendali kelab tersebut untuk menyekat kemaraan pelawat.

Pemain seperti Arif Aiman Hanapi, Fernando Forestieri, Juan Muniz Gallego, Diogo Luis Santo antara perlu diberi perhatian kerana keupayaan mereka sangat tinggi untuk menghasilkan gol.

Malah, kelibat Forestieri sebenarnya perlu diberi tumpuan penuh kerana statistik semasa bekas penyerang Udinese itu sangat menakutkan buat mana-mana pasukan lawan.

Menerusi statistik dikeluarkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Forestieri menjadi pemain serangan paling aktif setakat ini selepas beliau telah meledak enam gol serta merekodkan empat bantuan jaringan.

Apapun, pertahanan Perak tidak boleh leka walau sedikit untuk mengelakkan diri mereka menjadi mangsa seperti Negeri Sembilan atau Sabah musim ini.

Menyedari hakikat skuad tersebut dibarisi pemain kurang berpengalaman, pastinya Lim mempunyai rencana tersendiri untuk cuba menyekat kemaraan pasukan pelawat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN