2 Bintang Chelsea Dalam Sasaran Jurgen Klopp Untuk Perkukuh Liverpool Musim Hadapan

Chelsea dilaporkan mungkin akan kehilangan dua pemain tengah mereka pada musim hadapan, selepas bintang-bintang tersebut kini berada dalam pemantauan Liverpool.

Antara nama yang kuat berada dalam radar perpindahan seterusnya untuk menyertai Liverpool ketika ini merupakan pemain tengah berbakat besar Chelsea iaitu Connor Gallagher.

Ketika ini, Gallagher menjadi pemain berada dalam sasaran Jurgen Klopp dalam usaha untuk terus memperkukuhkan posisi tengah Liverpool yang semakin kritikal.

Musim ini jelas menjadi sesuatu yang agak mengecewakan Liverpool, selepas mereka tampil dengan corak permainan yang sangat tidak konsisten serta telah pun kehilangan peluang merebut tiga piala.

Terbaharu, Klopp dikejutkan oleh Manchester City yang menewaskan mereka menerusi keputusan 1-4 di Stadium Etihad, walaupun sebelum itu berjaya mendahului dengan baik menerusi Mohamed Salah.

Menerusi keputusan tersebut, Liverpool kini terperosok di tangga kelapan English Premier League (EPL) dengan mengutip 42 mata sahaja secara keseluruhan daripada 27 perlawanan dihadapi.

Menyedari kelemahan mereka di posisi tengah sepanjang perlawanan tersebut, pastinya Klopp mahu menandatangani khidmat pemain berkualiti untuk mengisi kelompongan tersebut.

Menurut laporan dikeluarkan oleh Sportbible, nama Gallagher kini berada dalam senarai teratas diletakkan oleh Liverpool untuk ditandatangani pada musim hadapan.

Sehingga kini, posisi tersebut diisi oleh pemain yang semakin berusia serta mudah mengalami kecederaan, yang memaksa Klopp perlu membuat perubahan dengan kadar segera untuk ianya kembali stabil.

Menguatkan lagi perpindahan tersebut, Chelsea juga dilaporkan ingin mengurangkan pemain mereka dalam usaha untuk memenuhi tuntutan dalam peraturan Financial Fair Play (FFP) yang ditetapkan.

Musim ini sahaja Chelsea telah membelanjakan sekitar £280 juta sejak Januari 2023 untuk mendapatkan khidmat Enzo Fernandez serta Mykhailo Mudrik untuk terus memperkasakan kekuatan serangan dan tengah pasukan.

Antara kemungkinan besar kenapa Liverpool mungkin boleh mendapatkan khidmat Gallagher kerana pemain tersebut sesuai dengan corak permainan diterapkan oleh Klopp.

Selain Gallagher, seorang lagi pemain Chelsea yang turut berada dalam sasaran mereka musim hadapan ialah bintang serangan England, Mason Mount.

Mount dilaporkan tidak gembira ketika ini di Chelsea setelah nilai gaji diterima beliau kecil berbanding para pemain senior lain dan masih mempunyai kontrak selama satu musim sahaja lagi.

Laporan menyatakan Chelsea menuntut sebanyak £70 juta untuk nilai perpindahan pemain tersebut dan sedia untuk berjumpa mana-mana kelab berminat dapatkan Mount.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN