Prestasi Kedah Darul Aman (KDA) sejak kebelakangan ini boleh dikatakan agak merudum dengan mencatat beberapa kali kekalahan, selain faktor kerapuhan di benteng pertahanan.
Perkara ini jelas meresahkan para penyokong yang berharap KDA kembali melakar kebangkitan setelah beberapa kali tumbang pada siri perlawanan sebelum itu.
6 PERLAWANAN DI ALOR SETAR, SANG KENARI BURU MATA MAKSIMA PERBAIKI KEDUDUKAN.
Di pusingan kedua liga, Sang Kenari perlu merebut semaksima mungkin mata bagi memperbaiki kedudukan liga dari tangga ketujuh ke 4 teratas carta. pic.twitter.com/cjG1pfWxmM
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) August 11, 2022
Terbaharu, mereka mencatat kekalahan pula di tangan PSM Makassar dalam aksi separuh akhir Zon Asean Piala AFC di Bali dengan keputusan tipis 1-2.
Prestasi semasa Kedah dan Sabah
Untuk perlawanan akan datang, KDA bakal berhadapan cabaran Sabah di laman sendiri iaitu Stadium Darul Aman untuk saingan Liga Super pada Rabu ini.
Sabah ketika ini sedang berada dalam momentum terbaik mereka dalam persaingan liga apabila pasukan tersebut merekodkan kemenangan dalam tiga perlawanan berturut-turut sebelum itu.
Dalam carta liga, Sabah kini menghuni tangga kedua di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan 34 mata telah diraih mereka daripada 15 perlawanan dihadapi.
SANG KENARI MAHU KEKALKAN REKOD BERSIH BERAKSI DI ALOR SETAR MENENTANG SABAH FC
Pusingan pertama menentang Sabah FC satu episod luka yang harus dilupakan, Sang Kenari wajib mempertahankan rekod menang 100% di gelanggang sendiri menentang lawan Rabu ini. pic.twitter.com/EXfPArC8Er
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) August 14, 2022
KDA pula, kali terakhir mereka mencatat kemenangan ketika menentang Sarawak United pada 19 Julai lalu sebelum tewas dalam tiga perlawanan selepas itu secara berturut-turut.
Lebih menyedihkan, KDA kini juga menjunam di tangga kelapan carta liga dengan hanya mengumpul 17 mata sahaja daripada 13 perlawanan dihadapi mereka setakat ini.
Kualiti pemain
KDA pada musim ini telah membuat rombakan agak besar dalam senarai pemain mereka termasuk barisan import baharu digunakan untuk penstrukturan kembali dibuat.
Mereka juga telah memperkenalkan beberapa pemain muda baharu musim ini di beberapa posisi dan memberi cabaran buat pengendali pasukan, Aidil Sharin Sahak merombak kembali kesebelasan utama dan taktikal.
Segalanya tampak bagus pada permulaan, namun selepas siri kecederaan yang menimpa selain beberapa pemain gagal memenuhi jangkaan pasukan, KDA sedikit merosot kebelakangan ini.
Sesi latihan persiapan aksi Rabu ini, kembali beraksi digelanggang sendiri, kembalinya beberapa pemain utama untuk melonjak keyakinan memburu kemenangan!
🏆 Liga Super 2022
🆚 Sabah FC
📆 17 Ogos 2022, Rabu
🕖 9.00 pm
🏟️ Stadium Darul Aman, Alor Setar pic.twitter.com/D4PeEmD5s4— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) August 15, 2022
Berbanding Sabah, mereka mempunyai ramai pemain senior dan bintang yang beraksi bersama skuad kebangsaan dan menjadikan kelab tersebut serba lengkap di segenap posisi.
Sabah dilihat tidak bermasalah untuk membuat sebarang pertukaran pemain atau taktikal, kerana kebanyakan mereka sebelum ini pernah berada bawah kejurulatihan Datuk Ong Kim Swee.
Peluang Kedah untuk kembali bangkit?
Setelah beberapa perlawanan mereka gagal memberikan senyuman buat para penyokong, mungkin ini peluang untuk KDA kembali menebus segalanya.
Berkelebihan beraksi di laman sendiri serta mempunyai tempoh rehat agak lama untuk pemain kembali menjalani pemulihan, KDA pastinya akan tampil dengan lebih baik.
FOKUS KEMBALI KE LIGA SUPER, SANG KENARI AZAM PERBAIKI KEDUDUKAN TANGGA KE-8#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2022season #LigaSuper2022 #LS17 #KDASAB pic.twitter.com/bMCfNm1rUZ
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) August 14, 2022
Namun harus diingat, Sabah juga bukan calang-calang pasukan dan mereka kini antara pasukan terbaik dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) selain JDT.
Keupayaan mereka dalam menguasai permainan serta mampu memberi kesukaran di segenap arah buat pertahanan lawan pastinya akan memberi masalah buat KDA.
KDA berpeluang untuk bangkit melakar kemenangan sekiranya aksi ditampilkan mereka jauh lebih baik berbanding tiga perlawanan sebelum ini.
Namun, Sabah kini dilihat lebih berpeluang untuk melakar kejayaan jika dilihat pada prestasi semasa serta berdasarkan kedudukan carta liga.