Liga Super: 3 Pemain Tumpuan Menjelang Aksi Kedah Menentang Sabah

Malam esok, Kedah Darul Aman (KDA) bakal kembali mengharungi saingan Liga Super, setelah kali terakhir mereka beraksi pada awal bulan Ogos ketika menentang Sri Pahang.

Untuk pertemuan malam esok, mereka bakal berhadapan cabaran getir daripada Sabah yang dilihat berada dalam momentum terbaik mereka ketika ini dalam saingan Liga Super.

Sabah pastinya mahu terus menggenggam tiga mata dalam usaha untuk terus merapatkan jurang bersama pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim.

Manakala KDA pula, mereka perlu mencatat keputusan positif kembali dalam misi untuk mengembalikan keyakinan para penyokong di laman sendiri.

Dalam aksi yang bakal berlangsung di Stadium Darul Aman malam esok, KDA dilihat mempunyai sedikit kelebihan beraksi di hadapan para penyokong sendiri, namun lawan mereka pada malam esok bukan sesuatu mudah untuk dihadapi.

Ini ada tiga pemain tumpuan pada perlawanan malam esok yang dijangka bakal memberi impak penting buat pasukan masing-masing.

Mahmoud Al-Mardi (KDA)

Pemain kebangsaan dari Jordan ini berjaya memberi dimensi baharu buat KDA di bahagian serangan menerusi kualiti yang dimilikinya.

Al-Mardi mula memberi impak ketika dalam saingan Piala AFC lalu pada peringkat kumpulan menerusi penghasilan gol yang dibuat serta gaya permainannya berkualiti tinggi.

Dalam saingan Liga Super, Al-Mardi setakat ini sudah pun meledak dua gol dan beliau pastinya akan terus ditagih untuk menggerakkan serangan KDA ketika menentang Sabah malam esok.

Baddrol Bakhtiar (Sabah)

Bekas kapten KDA ini kembali di Stadium Darul Aman pada malam esok sebagai pemain lawan setelah bertahun-tahun beraksi di situ sebelum ini sebagai legenda kelab.

Baddrol berjaya memberi impak yang terbaik setakat ini bersama Sabah dalam memperkukuhkan jentera tengah menerusi kawalan bola dan kualiti hantaran beliau kepada pemain serangan.

Baddrol juga memiliki keupayaan pemusnah yang sangat baik di hadapan gol lawan menerusi kualiti penyudah yang klinikal, dan beliau pastinya masih segar dengan jaringan baru-baru ini yang dicipta ketika menentang Sarawak United.

Park Tae-su (Sabah)

Pemain import kesayangan penyokong Sabah ini boleh dikatakan sedang menikmati musim terbaik beliau bersama pasukan pada tahun 2022.

Tae-su kini menjadi antara penjaring terbanyak buat Sabah dan sentiasa tampil konsisten dalam setiap perlawanan dihadapi untuk membantu pasukan.

Berbekalkan naluri penyudah yang baik, Tae-su juga berkebolehan untuk beraksi di pelbagai posisi seperti tengah menyerang, tengah bertahan, dan pertahanan tengah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN