Filipina Mungkin Ganti India Pada Saingan Piala Asia 2023

Filipina mungkin akan diberikan kelayakan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dengan negara itu berkemungkinan akan beraksi pada Piala Asia 2023.

Semuanya ini disebabkan isu melibatkan India yang dihukum oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Baru-baru ini, FIFA telah mengambil keputusan untuk menghukum India dengan menggantung keahlian mereka selepas melanggar peraturan badan induk bola sepak dunia itu.

India telah didapati bersalah kerana persatuan bola sepak mereka telah dicampur tangan oleh pihak ketiga dalam hal urusan.

Dipercayai pihak kerajaan India telah masuk campur dalam hal mengenai All India Football Federation (AIFF) sehingga membuatkan FIFA memilih untuk menghukum mereka.

Dengan hukuman tersebut, India tidak dapat menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa termasuklah bermain perlawanan persahabatan.

Lebih perit, kelab-kelab India juga akan menerima tempiasnya apabila saingan liga tempatan tidak dibenarkan oleh FIFA.

Dalam masa yang sama, penyertaan kelab-kelab India dalam saingan Piala AFC turut terbatal kerana perkara ini.

India turut hilang hak sebagai tuan rumah bagi kejohanan Piala Dunia B-17 Wanita – FIFA perlu mencari tuan rumah baharu selepas apa yang terjadi.

Tempoh perggantungan belum dapat ditentukan lagi tetapi jika dilihat situasi yang sama menimpa Indonesia, dijangka India akan dikenakan hukuman selama dua tahun.

Mengenai status Filipina, kelayakan mereka ke Piala Asia 2023 dilihat cerah kerana isu melanda India ini.

Hal ini kerana, mereka adalah satu-satunya pasukan yang tercicir dari kelompok lima naib juara terbaik pada pusingan kelayakan Piala Asia 2023 yang lalu.

Jadi dengan hanya Filipina sahaja yang tinggal, jadi adalah logik untuk mereka menggantikan India.

Untuk rekod, Kyrgyzstan, Indonesia, Thailand, Malaysia dan Hong Kong layak ke Piala Asia sebagai lima naib juara terbaik.

Leave a Reply