Sabah terus mempamerkan karakter mereka tersendiri musim ini untuk mencabar kejuaraan Liga Super musim 2022 setelah berjaya menewaskan Melaka United dengan keputusan 2-1 di Stadium Likas.
Dua jaringan penyerang veteran iaitu Amri Yahyah membuktikan penyerang tersebut masih lagi relevan dan berbahaya untuk membantu kelab memperoleh kemenangan.
KEPUTUSAN MASA PENUH – LS14#LigaSuper2022 pic.twitter.com/14q87zNTey
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 31, 2022
Melaka United pula hanya memperoleh satu gol menerusi penyerang berbisa, Ifedayo Olusegun pada separuh masa pertama sebelum tuan rumah mencipta kebangkitan.
Seawal lima minit permainan menyaksikan kedua pasukan saling berbalas serangan untuk mencari gol awal perlawanan, namun keadaan padang agak becak banyak menyebabkan pergerakan bola tersekat.
Dalam keadaan padang sedemikian, kedua-dua pertahanan kerap membuat kesilapan berbahaya untuk mengawal bola dengan lebih baik dan memberi ruang penyerang masing-masing cuba mengambil peluang.
Selepas 15 minit perlawanan berlangsung, jelas Sabah lebih menguasai permainan menerusi siri-siri serangan berbahaya dilancarkan dan pelawat sesekali hanya tampil menerusi situasi serang balas pantas.
Hasil beberapa kali tekanan diberikan oleh Melaka United kepada pertahanan tuan rumah, akhirnya Ifedayo Olusegun berjaya membuka jaringan pertama pada minit ke-23 hasil kesilapan penjaga gol Sabah gagal menepis keluar bola dengan lebih baik.
23’ GOL | Ifedayo Omosuyi meletakkan Melaka United di depan!@SabahFCofficial 0-1 @MelakaUnitedFC #LigaSuper2022 pic.twitter.com/4GOwTTF38h
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 31, 2022
Bersambung di separuh masa kedua, Melaka United dilihat semakin meningkatkan asakan menerusi beberapa percubaan berjaya dibuat, namun disiplin pertahanan baik berjaya dipamerkan oleh tuan rumah untuk menghalang daripada terus dibolosi.
Walaupun begitu, sesekali tuan rumah juga tampil berbahaya untuk mencari gol penyamaan menerusi serangan balas pantas yang dilancarkan.
Sabah kembali menghidupkan peluang mereka di laman sendiri apabila berjaya mengikat pelawat menerusi jaringan Amri Yahya pada minit ke-65.
10 minit terakhir perlawanan menyaksikan Sabah menyerang pelawat secara bertali arus untuk merebut tiga mata mereka menerusi percubaan-percubaan berbahaya dilancarkan.
65' GOL | Sepakan voli Amri Yahyah menyamakan kedudukan untuk Sabah FC!@SabahFCofficial 1-1 @MelakaUnitedFC #LigaSuper2022 pic.twitter.com/3TxNfGa4xx
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 31, 2022
Amri Yahyah sekali lagi membuktikan beliau masih lagi antara penyerang berbisa apabila pemain berjaya meledak gol kedua pada minit ke-91 untuk terus meletakkan tuan rumah di hadapan menerusi rembatan deras dalam petak penalti.
Keputusan perlawanan kekal dengan Sabah berjaya mencatat kemenangan mereka di laman sendiri hasil dua jaringan penyerang berpengalaman negara, Amri Yahya serta satu gol tunggal pelawat menerusi Ifedayo dengan keputusan penuh, 2-1.
90+1' GOL | Amri Yahyah melengkapkan kebangkitan Sabah FC dengan gol kemenangan pada masa kecederaan!@SabahFCofficial 2-1 @MelakaUnitedFC #LigaSuper2022 pic.twitter.com/qxwfHyQrGr
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 31, 2022
Kesebelasan utama
Sabah: Khairul Fahmi Che Mat (Penjaga gol), Rawilson Batuil (Kapten), Gerald Cadit, Nazirul Naim, Dominic Tan, Park Tae-su, Alto Linus, Gary Steven Robbat, Stuart Wilkin, Jose Embalo, Taiki Kagayama
Melaka United: Ahmad Asyraaf Omar (Penjaga gol), Ahmad Haziq Puad, Justin Baas, Wan Amirul Afiq, Syazwan Andik, Fadhli Shas, Sony Norde (Kapten), Emmanuel Oti, Hasbullah Abu Bakar, Ifedayo Omosuyi, Adriano