Ajax bakal Terima ‘Durian Runtuh’ Setiap Kali Martinez Beraksi Untuk Man United

Ajax bakal menerima bonus tambahan yang sungguh lumayan setiap kali Lisandro Martinez diturunkan untuk beraksi bersama Manchester United.

Bukan sekali, bukan dua kali, bukan tiga, tetapi Ajax akan berkali-kali menerima imbuhan bernilai £56,000 dari Manchester United seandainya mereka menggunakan khidmat pemain kebangsaan Argentina itu.

Manchester United perlu membayar nilai tersebut kepada Ajax setiap kali Lisandro Martinez membuat penampilan untuk mereka dan ia akan berterusan sehingga kontraknya bersama kelab tamat.

Bekas pemain pertahanan Ajax itu pada ketika ini sudah bersama dengan skuad Man United untuk menjalani aksi pra musim mereka sebelum bermulanya musim baharu nanti.

Selepas Manchester United mengumumkan Erik ten Hag sebagai pengurus baharu kelab, skuad The Red Devils itu terus hangat dikaitkan dengan bakal menandatangani pemain pertahanan itu.

Manchester United kemudiannya berjaya mendapatkan khidmat pemain berusia 24 tahun itu selepas mereka membayar £47.5 juta kepada Ajax sebagai yuran perpindahan.

Gergasi Belanda itu turut memasukkan klausa bonus tambahan bernilai £8.5 juta ke dalam kontrak Martinez.

Walau bagaimanapun, terdapat satu laporan mengejutkan dari media Belanda, yang telah mendedahkan bahawa Man United mungkin akan perlu sediakan dana tambahan bernilai £1.7 juta untuk dibayar kepada Ajax.

Media Belanda, De Telegraaf melaporkan yang Ajax akan menerima £56,000 dari Manchester United setiap kali kelab dari Premier League itu menurunkan pemain kebangsaan Argentina itu.

Skuad Red Devils perlu membayar nilai tersebut untuk setiap perlawanan yang dimainkan oleh Martinez dan ia hanya tertakluk kepada 30 perlawanan sahaja semusim.

Namun begitu, klausa tersebut sebenarnya langsung tidak menyatakan tentang bagaimana penampilan yang dimaksudkan oleh Ajax untuk United bayar kepada mereka ketika Martinez dimainkan.

Oleh yang demikian, Manchester United sepertinya perlu membayar nilai tersebut tidak kira walau Martinez hanya bermain selama satu minit sahaja sekalipun.

Ia bermaksud, walau Martinez hanya dimasukkan sebagai pemain gantian pada akhir-akhir minit permainan, maka Man United tetap perlu membayar Ajax dengan nilai yang telah ditetapkan.

Musim lalu, Manchester United bermain sebanyak 49 perlawanan dan musim ini jumlah perlawanan mereka mungkin akan bertambah.

Andai Martinez membuat kemunculan dari kesemua perlawanan tersebut, maka United perlu membayar Ajax £56 juta untuk setiap perlawanan dan maksimum hingga 30 perlawanan.

Martinez pada musim lalu telah membuat 24 penampilan bersama Ajax dalam saingan Eredivisie dan beliau turut sempat membuat lapan penampilan dalam saingan Champions League.

Selepas menandatangani kontrak bernilai £120,000 seminggu di Old Trafford, pemain kebangsaan Argentina itu menyatakan yang Man United sememangnya destinasi pilihan utama beliau, dengan Arsenal turut dikaitkan dengan pemain pertahanan itu.

Ketika ditanya mengapa beliau memilih untuk menyertai Manchester United, Martinez kemudiannya mendedahkan bahawa:

“Jadi, Manchester United saya rasa merupakan antara kelab terhebat di dunia ini. Semua pemain mahu bermain di sini.”

“Kesempatan itu sudah ada, jadi saya ambil dan sekarang saya sangat gembira untuk berada di sini.”

Beliau turut bercakap tentang Erik ten Hag, pengurus yang sudah menguruskan beliau selama beberapa tahun di Amsterdam.

“Sangat menarik, itu sudah tentu. Permainan bola sepak yang menarik. Mentaliti juara, kamu tahu, itulah hal yang paling penting sekali.”

Tambah Martinez lagi.

“Setiap pemain perlu faham tentang segalanya. Saya rasa dia sangat jelas dan saya juga rasa dengan dia setiap hari kamu akan belajar sesuatu yang baru dan dalam perlawanan kamu boleh faham sepenuhnya dari segi taktik dan segalanya.”

Jelas sekali Ajax bakal mendapatkan durian runtuh seandainya Martinez kerap diturunkan beraksi bersama skuad Manchester United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN