Kuala Lumpur & Terengganu Terus Utuh Di 2 Terbaik Liga Perdana, Negeri Sembilan Keciciran Mata

Saingan Liga Perdana semakin hampir ke penghujung dengan 4 pasukan teratas mula memecut laju untuk mendapatkan slot 2 teratas ke Liga Super.

Saingan ke-19 bagi liga ini menarik dengan menyaksikan 2 daripada 4 pasukan teratas liga bertemu sesama sendiri untuk mencari 3 mata.

Pasukan Kuala Lumpur bertemu dengan PKNP FC di Stadium MP Selayang dalam usaha untuk pasukan tuan rumah terus kekal di kedudukan 2 terbaik liga.

Gambar: FMLLP

Misi selesai buat mereka apabila jaringan tunggal Zhafri Yahya pada minit ke-80 berjaya memberikan 3 mata berharga untuk Kuala Lumpur.

Terengganu dengan selesanya terus menghimpit Kuala Lumpur ditangga ke-2 selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Kuantan FA di Stadium Darul Makmur.

Tcheche Kipre berjaya menjaringkan 2 gol sebelum Adib Aizuddin menjaringkan gol ke-3 buat pasukan pelawat.

Malang buat Negeri Sembilan apabila mereka diikat seri 2-2 oleh PDRM ketika aksi yang dilangsungkan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Gol dari Bruno Suzuki dan juga Sean Eugene tidak cukup untuk memberikan 3 mata buat pasukan tuan rumah apabila bekas pemain mereka iaitu Shahurain Abu Samah menjaringkan 2 gol untuk membolehkan skuad PDRM mencuri 1 mata.

Gambar: FMLLP

Jeronimo Barrales menunjukkan ketajaman beliau apabila 2 gol beliau berjaya membantu JDT II menumbangkan MISC-MIFA di Pasir Gudang.

Dalam kemenangan 2-1 itu juga menyaksikan M. Tinnadkaran menjaringkan gol tunggal pasukan pelawat.

Sabah kini boleh dikatakan sudah terselamat dari penyingkiran ke Liga FAM selepas mengutip 24 mata dari 19 perlawanan apabila merakamkan kemenangan 2-0 keatas ATM FA.

Gol-gol pasukan Borneo itu dijaringkan oleh Rodoljub Paunovic pada minit ke-45 dan Heo Jaenyeong pada minit ke-86.

Perlis pula ditewaskan oleh pasukan UiTM FC dalam aksi petang yang dilangsungkan di Stadium Negeri, Kangar.

2 gol dari Do Donghyun dan 1 gol dari Izman Solehin memadamkan 1 gol yang dijaringkan oleh Ndumba Makeche untuk membolehkan UiTM FC menang 3-1 di laman lawan.

Berikut merupakan keputusan penuh Liga Perdana perlawanan ke-19:

  • Kuala Lumpur 1-0 PKNP FC
  • Kuantan FA 0-3 Terengganu
  • Negeri Sembilan 2-2 PDRM
  • JDT II 2-1 MISC-MIFA
  • ATM FA 0-2 Sabah
  • Perlis 1-3 UiTM FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN