Sistem Penalti ABBA Akan Digunakan Kali Pertama Di Perlawanan FA Community Shield

Aksi bola sepak di England bakal dimulakan dengan perlawanan FA Community Shield pada hujung minggu ini.

Perlawanan yang menandakan sebagai permulaan kepada kalendar bola sepak di England ini bakal memenemukan juara Premier League pada musim lalu iaitu Chelsea dan juga juara FA Cup musim lalu iaitu Arsenal.

Apa yang menarik selain daripada permulaaan musim baharu dengan nama-nama baharu bakal mencipta nama di England seperti Alvaro Morata dan juga Alexandre Lacazette, peraturan baharu bakal digunakan!

Perlawanan FA Community Shield lazimnya dilangsungkan tanpa masa tambahan, jadi sekiranya perlawanan berakhir dengan kedudukan seri selepas 90 minit – maka pemenang akan dicari menerusi sepakan penalti.

Untuk musim baharu, peraturan itu akan diubah dengan andai perlawanan berakhir dengan seri selepas 90 minit.

Lazimnya, sepakan penalti akan menggunakan ABAB dengan pasukan A akan mengambil sepakan kemudian diikuti dengan pasukan B.

Namun pada musim ini, format ABBA akan digunakan dengan pasukan A akan mengambil sepakan terlebih dahulu kemudian diikuti dengan pasukan B.

Selepas itu, pasukan B akan mengambil sepakan dan diikuti dengan pasukan A. Secara mudahnya, sepakan penalti sebegini menggunakan format sistem tie-break dalam sukan tenis.

Sistem ABBA ini akan digunakan dalam semua kejohanan di serata England bermula musim ini.

Sumber: 

  1. Chelsea (2017): New penalty system trial at Wembley; http://www.chelseafc.com/news/latest-news/2017/08/new-penalty-system-to-be-trialled-at-community-shield.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN