Keputusan Perlawanan-Perlawanan Liga Perdana 2017: Minggu 2

Keputusan Liga Perdana 2017 menyaksikan hanya 5 perlawanan sahaja yang berlangsung melibatkan 10 pasukan.

Cuma 1 perlawanan sahaja yang belum dilangsungkan, dan ia akan dilangsungkan pada Jumaat (26 Januari 2017).

Gabi Guerra mengamuk!

Bekas pemain PKNS FC Gabi Guerra nyata mengamuk semalam dalam perlawanan JDT II menentang Perlis yang dilangsungkan di Stadium MP Pasir Gudang.

Beliau merakamkan hatrik selepas berjaya menjaringkan gol pada minit ke-15, minit ke-51 dan minit ke-71.

Malam gemilang JDT II berterusan apabila Nicholas Fernandez turut menjaringkan gol buat mereka pada minit ke-63 untuk memberikan kemenangan 4-0 terhadap Singa Utara.

Pendatang baharu Liga Perdana iaitu MISC-MIFA gagal mengutip 3 mata di tempat sendiri selepas tumbang 2-3 ditangan ATM.

Smoyarlenko Pavel menjaringkan gol untuk ATM seawal minit ke-9 sebelum gol dari Micheal Chukwubunna menyamakan kedudukan pada minit ke-40.

Bea Beom Ghun memberikan gol pendahuluan 2-1 untuk ATM pada minit ke-58 sebelum Venice Dephi mematerikan kemenangan untuk ATM dengan gol pada minit ke-78.

Alan Aciar cuba memberikan sinar harapan kepada MISC-MIFA dengan gol pada minit ke-87 namun ia sudah terlambat buat mereka.

Bagi satu lagi pendatang baharu Liga Perdana iaitu PKNP FC, nasib mereka berbeza berbanding MISC-MIFA apabila mereka memperoleh kemenangan 2-0 menentang Kuantan FA di Ipoh.

2 gol dari Gilberto memberikan 3 mata berharga buat pasukan dari Perak itu.

Warga Kota gah di puncak

Kuala Lumpur terus memberikan cengkaman di persada Liga Perdana 2017 apabila berjaya bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Sabah dengan jaringan 2-1.

Sabah mendahului hasil jaringan Igor Cerina pada minit ke-19 sebelum kedudukan itu disamakan oleh Nicholas Alejandro, 10 minit kemudian.

Perjalanan jauh skuad Kuala Lumpur merentasi Laut China Selatan nyata berbaloio apabila bekas pemain Selangor dan PDRM, Guilherme De Paula menjaringkan gol kemenangan ke-88.

Kredit: Facebook Sabah FA

Pencabar terdekat Kuala Lumpur ketika ini, Negeri Sembilan pula terbantut usaha mereka dalam memburu 3 mata kedua mereka musim ini.

Hal ini kerana, perlawanan skuad Jang menentang UiTM FC di Shah Alam ditangguhkan pada minit ke-32 akibat hujan lebat.

Kredit: UiTM FC

Ketika itu, Negeri Sembilan mendahului kedudukan dengan jaringan 1-0 hasil jaringan Bruno Junichi.

Sementara 1 lagi perlawanan melibatkan Terengganu dengan PDRM dilangsungkan pada Jumaat (26 Januari 2017) di Kuala Terengganu.

Baca juga: Lelaki Ini Beri 9 Dalil Kenapa TMJ Layak Jadi Presiden FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN