Liga Malaysia Boleh Mula Ditonton Secara Percuma Tanpa Daftar & Muat Turun iflix

Mulai 1 Februari 2019, para peminat bola sepak tempatan kini sudah boleh mula menyaksikan perlawanan Liga Malaysia (Piala Sumbangsih, unifi Liga Super, Shopee Piala FA, unifi Piala Malaysia dan Challenge Cup) secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun aplikasi iflix.

Peminat bola sepak tempatan hanya memerlukan peranti seperti telefon pintar atau tab dan Internet untuk mula menonton semua perlawanan dan program bola sepak iflix secara percuma. Bagaimanapun buat masa ini, tontonan tanpa pendaftaran ini hanya boleh didapati untuk pengguna Android dan laman web sahaja. iflix dilaporkan sedang berusaha membawakan versi ini ke pengguna iOS dalam masa terdekat.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran iflix, Jason Monteiro: “Laman mikro mobile web kami yang baharu ini direka khas buat peminat bola sepak Malaysia. Kami ingin memulangkan sukan kegemaran Malaysia kepada semua secara percuma. Selain itu, kami juga ingin menyiarkan sukan ini dengan lebih menyeluruh ke serata tanah air. Ini adalah langkah besar bagi iflix dalam misi mendemokrasikan sukan bola sepak Malaysia dan membawa para peminat lebih dekat dengan perlawanan.”

iflix mendapat hak penyiaran eksklusif bagi pengstriman atas talian bagi perlawan MFL untuk tempoh 10 tahun dengan usaha sama pihak Liga Bola Sepak Malaysia bermula Januari tahun lepas. Sejak itu, iflix telah menyiarkan semua perlawanan Liga Malaysia berserta lebih 800 episod siaran ulangan, sorotan perlawanan, dan kandungan pendek iflix Originals, di saluran Football Malaysia on iflix.

iflix turut mengumumkan kerjasama dengan Twitter, untuk merevolusikan akses peminat bola sepak di Asia Tenggara. Buat kali pertama di Malaysia, peminat akan menyaksikan integrasi digital dan inovasi dalam sukan. Dengan kolaborasi ini, iflix dan Twitter menggabungkan teknologi aliran langsung dan ulasan media sosial untuk melibatkan peminat bola sepak.

Kerjasama dengan Twitter ini bermakna bermula dengan kick-off pertama pada 1 Februari, peminat bola sepak di Asia Tenggara akan mempunyai akses langsung kepada lebih daripada 200 perlawanan Liga Bola Sepak Malaysia pada semua alat peranti yang mempunyai akses Twitter menggunakan iflix Webview Player terbaru – tanpa muat turun, pendaftaran dan login.

Dengan akaun Twitter, peminat dapat mengambil bahagian dalam ulasan semasa, permainan interaktif, dan memaparkan undian melalui hashtags dalam setiap perlawanan. Selain daripada perlawanan secara langsung, iflix akan menyediakan highlights, klip, dan wawancara, melalui Twitter Moments sebagai alat komuniti bola sepak.

Ketua Rakan Kongsi Sukan Twitter SEA dan China, Maurizio Barbieri, berkata, “Penyiaran setiap pertandingan musim ini untuk liga bola sepak utama adalah yang pertama untuk Twitter di Asia Tenggara, dan peluang yang luar biasa untuk menggabungkan jumlah besar interaksi bola sepak di Twitter. Kami telah menikmati kejayaan besar dalam aliran hidup dengan penyiar sukan terkemuka di seluruh dunia, jadi kami teruja untuk bekerjasama dengan iflix untuk membawa lebih banyak bola sepak secara langsung kepada peminat bola sepak yang ghairah di dunia.”

Selain daripada itu, iflix juga akan bekerjasama dengan portal bola sepak Semuanya BOLA (klik untuk menonton) dan Goal.com untuk membawa perlawanan secara langsung kepada peminat dengan mengintegrasikan perkhidmatan aliran secara langsung iflix.

Kini boleh diakses oleh lebih satu billion pengguna di seluruh Asia, Timur Tengah dan Afrika Utara, iflix telah mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran penstriman video.

Menawarkan pengguna dengan senarai tontonan yang pelbagai dari Hollywood, rancangan TV dan filem tempatan, tayangan ekslusif serta program-program yang memenangi anugerah, setiap langganan boleh diakses hingga 5 peranti yang berlainan termasuklah telefon bimbit, komputer, tablet dan set televisyen untuk distrim pada bila-bila masa, dimana sahaja serentak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN