‘Liga M Makin Ganas?’- Ramon Marcote Sah Dipukul Pada Bulan Lalu

Aksi ganas dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) semakin kerap kedengaran sejak tahun lalu dengan membabitkan para penyokong sahaja serta para pemain dan menimbulkan rasa kurang senang buat pemerhati bola sepak tempatan.

Terbaharu, ia bukan sahaja membabitkan penyokong serta pemain malah ia mula melibatkan staf kejurulatihan dengan Ramon  Marcote menjadi mangsa pertama pada tahun ini.

Marcote yang merupakan pembantu jurulatih Selangor pada musim ini disahkan sebagai individu yang menjadi mangsa keganasan selepas beliau dilaporkan telah dipukul pada aksi Separuh Akhir Piala FA pada bulan Jun lalu.

Perkara ini turut disahkan sendiri oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan menyatakan mereka telah menerima aduan tersebut daripada pihak pengurusan Selangor mengenai insiden itu.

Jelas Noor Azman Rahman selaku Setiausaha Agung FAM, mereka telah pun menerima aduan tersebut sejak 25 Julai lalu tentang Marcote yang dilaporkan menjadi mangsa keganasan dan menyerahkan isu itu kepada jawatankuasa tatatertib demi tindakan seterusnya.

“Kita terima aduan daripada Selangor pada 25 Julai lalu membabitkan penolong jurulatih iaitu Marcote dipukul oleh individu lain.

“Beri masa jawatankuasa tatatertib untuk melakukan siasatan terperinci sebelum mengumumkan tindakan lanjut kelak,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Akhbar tersebut sebelum ini turut melaporkan tentang salah seorang staf kejurulatihan sebuah kelab gergasi tanah air yang dipukul ketika hari saingan separuh akhir Piala FA pada bulan lalu.

Untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih parah, para pegawai pasukan terpaksa meleraikan insiden tersebut yang dilaporkan berada berdekatan lokasi berkenaan seusai habis perlawanan.

Info menyatakan Marcote telah pun dipukul oleh seseorang yang sebelum ini merupakan pemain bola sepak profesional dan pernah beraksi di Pantai Timur serta Selatan negara selain mempunyai enam penampilan buat skuad kebangsaan.

Ketika ini, individu terbabit tidak lagi aktif dalam dunia bola sepak profesional selaku pemain namun aktif untuk terbabit dalam beberapa perkara dalam saingan Liga M.

Marcote juga dikhabarkan telah pun membuat laporan secara rasmi kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk mendapat pengadilan sebaiknya serta mengetahui tindakan susulan bakal dibuat.

Kami di Semuanya BOLA berharap supaya insiden berkenaan tidak akan berlaku lagi dalam dunia bola sepak tempatan, apatah lagi ianya membabitkan staf kejurulatihan dari luar negara seperti Marcote kerana ia bakal mencerminkan sesuatu tidak baik buat peminat sukan ini di peringkat antarabangsa.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN