Kenapa J. Partiban Sangat Penting Buat Nafuzi Zain Di Kedah?

Pemain sayap lincah Kuala Lumpur City (KL City), J. Partiban secara rasminya kini telah pun menyertai Kedah Darul Aman (Kedah) selaku status pinjaman bagi siri jendela perpindahan kedua Liga Super musim ini.

Ianya disahkan sendiri menerusi laman rasmi Kedah yang menyambut Partiban sebagai sebahagian daripada keluarga baharu Sang Kenari untuk baki saingan musim ini.

“Pemain sayap ini yang dipinjamkan oleh KL City akan bersama Kedah bagi baki saingan liga musim ini.

“Kelincahan dan fizikal mantap beliau mampu menyuntik lebih dominasi dari bahagian sayap Sang Kenari,” jelas kenyataan tersebut.

Nama Partiban pada musim ini boleh dianggap sedikit sunyi dalam arena bola sepak tempatan, selepas beliau lebih banyak memanaskan bangku simpanan KL City berbanding tahun-tahun lalu.

Tampil dengan kualiti gelecekan serta kepantasan yang lengkap selaku pemain sayap, kehadiran Partiban boleh dianggap sangat penting musim ini bersama Kedah bawah kendalian Nafuzi Zain.

Ini kerana Kedah mengalami masalah yang sangat besar di posisi sayap sejak awal permulaan musim dan membataskan kualiti serangan Sang Kenari dari posisi tepi.

Tambahan pula, Kedah kini turut kehilangan khidmat pemain sayap lincah mereka, Al-Hafiz Harun yang dipinjamkan kepada Penang sehingga ke penghujung musim dan berkemungkinan akan terus kekal di sana pada musim hadapan.

Selain itu, Kedah juga turut menamatkan kontrak mereka lebih awal musim ini bersama pemain naturalisasi kebangsaan, Lee Andrew Tuck selepas beliau beraksi dengan cukup cemerlang di posisi sayap bersama Kedah.

Tanpa pemain sayap kiri yang berkualiti pada baki saingan musim ini bersama Kedah, pasukan tersebut pada mulanya dianggap akan bergantung harap kepada Fayadh Zulkifli sahaja di posisi tersebut.

Namun, kehadiran Partiban kini bersama Kedah pastinya akan memberi kelegaan buat Nafuzi selepas pengendali tersebut bakal mempunyai lebih banyak pilihan di posisi tersebut selain bergantung harap kepada Fayadh sahaja.

Kedah sebenarnya turut mempunyai dua lagi pemain sayap berkualiti untuk digunakan mereka pada baki saingan musim ini iaitu Zharmien Ashraf serta Faizal Talib, namun mereka dianggap masih kurang bersedia untuk digunakan bersama skuad utama.

Memandangkan Kedah bakal mengharungi baki aksi Liga Super serta saingan Piala Malsysia yang akan bermula tidak lama lagi, kehadiran Partiban dianggap penting untuk memperkukuhkan kedudukan semasa pasukan.

Selain Partiban, Kedah turut mengikat kontrak bekas bintang muda mereka kembali untuk pertengahan musim ini iaitu Halim Saari untuk memperkukuhkan jentera tengah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN