Baru-baru ini, Terengganu sah menandatangani penyerang kebangsaan Thailand iaitu Adisak Kraisorn sebagai salah seorang pemain import mereka musim 2023.
Terengganu yang kini sudah mula membuat rombakan dilihat sudah pun memulakan langkah mereka dengan lebih awal sebelum itu, menerusi beberapa pemain import baharu lain sudah ditandatangani.
Seperti diketahui, Adisak bukan lagi satu nama asing dalam arena bola sepak di Asia Tenggara, selepas aksi beliau bersama Thailand di pentas antarabangsa memberi impak sangat besar.
สวัสดี 🙏 🏴🏳️#AdisakKraisorn9#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/HMJjiwugwZ
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) December 22, 2022
Ianya jelas menjadi suatu kejutan, apabila Terengganu berjaya mendapatkan pemain berprofil tinggi seperti Adisak, kerana ianya bukan senang untuk mana-mana kelab tempatan memancing bintang dari Thailand.
Namun, sebenarnya bukan Terengganu yang membuka lembaran baharu mengenai pengambilan pemain import dari Thailand, sebaliknya Kedah Darul Aman (KDA) telah pun melakukannya musim ini.
Siapa sangka, KDA sebenarnya berjaya menandatangani secara pinjaman untuk mendapatkan salah seorang pemain tengah terbaik Thailand iaitu Sanrawat Detchmitr.
Pemain-pemain Thailand yang pernah hadir dalam Liga Malaysia
Walaupun begitu, sebenarnya rekod menunjukkan sudah ada ramai pemain Thailand yang pernah membuat kemunculan dalam saingan Liga-M sebelum itu dengan pelbagai latar belakang.
KDA pada awal musim ini misalnya telah pun merekrut Dennis Buschening iaitu pemain kacukan Thailand-Jerman, namun prestasi beliau boleh dianggap biasa sahaja dan tidak pernah tampil beraksi bersama skuad kebangsaan.
🔰DENNIS BUSCHENING, OUR NEW BLOOD!
KDA FC dengan ini mengumumkan pemain import baharu untuk musim 2022, Dennis Buschening!#kdafc #newblood #2022season #DB10 pic.twitter.com/8CNbOL361P
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) January 15, 2022
Selain itu pada tahun 90-an, beberapa kelab tempatan pernah menandatangani pemain-pemain kebangsaan Thailand dan paling terkenal ialah Kiatisuk Senamuang sewaktu bersama Perlis.
Selepas itu, tidak ada begitu ramai lagi pemain Thailand tampil dalam Malaysia, jika ada pun hanya beberapa nama yang tidak begitu terkenal.
Kiatisuk Senamuang bekas player Perlis FA yang diberi jolokan Zico, merupakan ketua jurulatih bola sepak Thailand. pic.twitter.com/uRNJz3rq3L
— Rakyat ke-8 🌺🇲🇾 (@OhMyPerlis) November 25, 2014
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pemain Thailand kini sudah mula memandang kembali Liga Malaysia (Liga-M) sebagai destinasi sesuai untuk mereka berhijrah?
Intensiti liga yang berbeza
Salah satu faktor yang penulis jangka, intensiti saingan liga di Thailand jauh lebih baik berbanding di Malaysia, dan pemain berusia seperti Adisak serta Sanrawat mungkin tidak lagi dapat terus konsisten untuk musim-musim hadapan.
Berbanding di Malaysia, mereka ini mungkin dapat terus kekal relevan dan peluang untuk menonjolkan diri dilihat jauh lebih baik berbanding di Thailand.
Tambahan pula, kelab lamanya iaitu Muangthong United sendiri menyatakan pemaim tersebut tidak lagi diperlukan untuk saingan musim hadapan.
Maka, ia menjadi satu faktor penting kenapa Adisak bakal memulakan karier terbaharu beliau di Malaysia berdasarkan intensiti permainan berbeza dan penerimaan kelab buat dirinya.
Kehadiran ramai bakat-bakat muda
Umum diketahui, Thailand merupakan antara negara yang banyak mengeluarkan bakat-bakat muda baharu setiap tahun berpotensi.
Polisi kebanyakan kelab di sana juga lebih mesra kepada pemain muda dan kehadiran Adisak di Malaysia jelas beliau mahu terus mendapat peluang beraksi serta minit permainan mencukupi.
GOL! Adisak Kraisorn dgn gol penyamaan untuk Thailand!
(AGG 5 – 1)#AFFSuzukiCup2020 pic.twitter.com/4mLfoqAnYq
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) January 1, 2022
Malah, tampilnya beliau selaku pemain berstatus import di Malaysia pasti akan terus membuatkan Adisak kekal relevan untuk menjadi salah satu tonggak pilihan bersama skuad kebangsaan untuk musim depan.
Saingan Liga Malaysia semakin gah di rantau Asia Tenggara
Jika sebelum ini mungkin tidak ramai pemain Thailand yang memandang saingan Liga-M yang dianggap kurang konersial berbanding negara lain.
Namun kini, Malaysia dilihat mula menjadi tumpuan selepas sejak beberapa musim wakil kelab negara seperti Johor Darul Ta’zim (JDT), Kuala Lumpur City (KL City) menyerlah di peringkat antarabangsa.
Malah, Adisak sendiri mengakui saingan Liga-M kini tampil lebih kompetitif dan menjadi cabaran baharu buat dirinya dalam karier bola sepak profesional.
Kesimpulan
Sehingga kimi, rekod menunjukkan dua pemain Thailand berprofil tinggi sudah pun menyertai saingan Liga-M iaitu Sanrawat Detchmitr dan Adisak Kraisorn.
Kedua pemain ini pula masih lagi aktif bersama skuad kebangsaan dan prestasi semasa mereka juga dalam keadaan terbaik untuk tampil selaku import.
Walaupun ada yang mengatakan prestasi Adisak kini tidak sehebat dulu atas faktor usia, rekod beliau bersama Port FC masih lagi dianggap sangat baik.
14 penampilan beliau bersama Port FC musim ini menyaksikan Adisak masih lagi mampu meledak lima gol secara keseluruhan dan mencipta dua bantuan jaringan.
ADISAK MAKE IT COUNT THIS TIME 😎
Adisak Kraisorn may have scored the easiest goal of his career, putting @PortFC_Official out of reach!
🕛90+4' – Chonburi 0-2 Port#ThaiLeague pic.twitter.com/cou2KZTRXi
— 1 Play Sports (@1playsports) November 28, 2020
Berdasarkan pengalaman yang dimiliki Adisak, jelas Terengganu mahu menggunakan kepakaran beliau untuk saingan Piala AFC musim depan bagi berdepan kelab asia lain.
Persoalannya, adakah selepas ini liga kita akan semakin rancak dengan kehadiran lebih ramai pemain-pemain Thailand yang berprofil tinggi seperti Adisak dan Sanrawat?