Liga Juara-Juara Eropah: Liverpool Dan Manchester City Dahului Carta Kumpulan

Liga Juara-Juara Eropah

Dua wakil dari England, Liverpool dan Manchester City meraih kemenangan pada perlawanan ke-4 dalam saingan kumpulan Liga Juara-Juara Eropah pada awal pagi tadi.

Dengan kemenangan ini meletakkan kedua-dua pasukan kini memimpin carta kumpulan masing-masing.

Kumpulan E

Liverpool lawan NK Maribor

Liverpool yang sebelum ini membelasah NK Maribor di Slovenia berjaya mencatatkan kemenangan kedua dalam kempen peringkat kumpulan E itu setelah menewaskan lawan yang sama dengan keputusan 3-0 di laman sendiri.

Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan hingga tamat babak pertama.

Liverpool memperkemaskan aksi pada separuh masa kedua dan tidak menunggu lama untuk menghasilkan jaringan pendahuluan setelah hantaran yang dilakukan Trent Alexander-Arnold berjaya dikuis Mohamed Salah pada minit ke-49.

Emre Can menambah jaringan kedua di minit ke-64 setelah beliau berjaya menyempurnakan umpanan cantik dari James Milner.

Penyerang England, Daniel Sturridge berjaya meledak pada masa tambahan sejurus menerima hantaran lintang dari Alberto Moreno untuk perlawanan berakhir dengan keputusan 3-0.

Sevilla lawan Spartak Moscow

Sevilla yang dibelasah 5-1 pada perlawanan di tempat lawan berjaya membalas dendam diatas kekalahan tersebut apabila menundukkan wakil dari Russia itu dengan keputusan 2-1 di Stadium Ramón Sánchez Pizjuán.

Pemain pertahanan Sevilla, Clement Lenglet membuka tirai jaringan buat tuan rumah apabila menanduk masuk bola hasil daripada sepakan sudut yang dilakukan Ever Banega pada minit ke-30.

Ever Banega terus bertindak cemerlang setelah berjaya melakukan rembatan dari luar kotak penalti untuk jaringan kedua buat Sevilla.

Pelawat berjaya merapatkan kedudukan menerusi Ze Luis di minit ke-78 namun jaringan tersebut tidak cukup untuk menghalang skuad bimbingan Eduardo Berizzo bagi memperoleh mata penuh pada perlawanan ini.

Dengan kemenangan ini meletakkan Sevilla ditangga kedua dengan 7 mata, hanya ketinggalan satu mata dibelakang Liverpool yang berada di puncak carta kumpulan E. Spartak Moscow ditangga ke-3 dengan 5 mata manakala NK Maribor hanya berjaya mengumpul 1 mata.

Kumpulan F

SSC Napoli lawan Manchester City

Manchester City mengekalkan rekod kemenangan bersih dalam kempen Eropah selepas membenam cabaran SSC Napoli 4-2 di Itali.

Jaringan pembukaan dari Lorenzo Insigne tidak mematahkan semangat Manchester City untuk kembali bangkit apabila Nicolas Otamendi berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-34.

Seorang lagi pemain pertahanan, John Stones turut menemui sentuhan jaringan buat skuad bimbingan Pep Guardiola itu. Jorginho kembali menjadikan keputusan kembali terikat menerusi sepakan penalti pada minit ke-62.

Sergio Aguero dan Raheem Sterling melengkapkan kemenangan buat pelawat untuk sekaligus mengesahkan tempat Manchester City ke pusingan seterusnya.

Shakhtar Donetsk lawan Feyenoord

Kelab dari Ukraine ini dikejutkan oleh jaringan seawal minit ke-12 menerusi Nicolai Joergensen. Namun kelebihan jaringan tersebut tidak kekal lama apabila penyerang Shakhtar, Facundo Ferreyra meledak jaringan penyamaan dua minit berselang.

Pemain kelahiran Brazil, Marlos brjaya menjaringkan gol kedua pada minit ke-17 dan seterusnya menambah jaringan ketiga untuk keputusan penuh 3-1 memihak Shakhtar Donetsk.

Shakhtar dan Napoli akan bersaing bagi merebut satu lagi slot ke pusingan seterusnya. Shakhtar mencatatkan 9 mata manakala Napoli ditempat ketiga dengan 3 mata.

Feyenoord masih belum mencatatkan sebarang kutipan mata setelah tewas kesemua 4 perlawanan Liga Juara-Juara Eropah.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN