Liga Europa: Arsenal Mara Ke Pusingan Seterusnya Walaupun Tumpas Ketika Bertemu FC Cologne

Wakil England, Arsenal mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya dalam saingan Liga Europa walaupun tewas 1-0 di tangan FC Cologne pada perlawanan kumpulan H yang berlangsung di RheinEnergieSTADION awal pagi tadi.

Kemaraan Arsenal ini dibantu oleh keputusan satu lagi perlawanan dalam kumpulan tersebut diantara BATE Borisov dan FK Crvena Zvezda yang hanya berkesudahan seri tanpa jaringan.

Selepas tamat lima perlawanan peringkat kumpulan, persaingan merebut satu lagi slot ke pusingan seterusnya masih terbuka buat FC Cologne, BATE Borisov dan FK Crvena Zvezda untuk mengiringi Arsenal.

Arsenal mendominasi perlawanan pada babak pertama dan mencipta beberapa peluang bagi mencipta jaringan namun skuad bimbingan Arsene Wenger itu terpaksa akur dengan kekebalan benteng terakhir FC Cologne yang dikawal Timo Horn.

Perlawanan yang begitu didominasi oleh Arsenal pada babak pertama itu ternyata begitu sukar buat Olivier Giroud dan rakan sepasukan untuk menghasilkan sebarang gol.

COLOGNE, GERMANY – NOVEMBER 23: Sehrou Guirassy (R) of 1.FC Cologne celebrates after scoring a goal during the UEFA Europa League Group H soccer match between 1.FC Cologne and Arsenal FC at the Rhein-Energie stadium in Cologne, Germany on November 23, 2017. (Photo by Leon Kuegeler/Anadolu Agency/Getty Images)

Pemain sayap muda dari Perancis, Sehrou Guirassy kemudiannya menjadi wira buat pasukan tuan rumah apabila jaringan sepakan penalti pada minit ke-62 sudah cukup untuk meletakkan FC Cologne berada di tempat kedua bagi kembali menghidupkan peluang untuk merebut slot ke pusingan seterusnya.

Pada perlawanan ini juga menyaksikan Arsene Wenger memberikan kepercayaan kepada tiga pemain mudanya apabila membariskan permata berusia 20 tahun, Ainsley Maitland-Niles di kesebelasan utama serta memasukkan Reiss Nelson (17 tahun) dan Edward Nketiah (18 tahun) pada babak kedua.

Walaupun tewas, 3 kemenangan 1 seri dan 1 kekalahan yang diraih selepas tamat lima perlawanan sudah cukup buat Arsenal untuk menamatkan saingan kumpulan H di tempat pertama dengan mengumpul 10 mata.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN