Lewandowski Nyaris Sertai Manchester United Selepas Dipujuk Ferguson

Robert Lewandowski Manchester United Alex Ferguson

Robert Lewandowski mendedahkan beliau sebenarnya hampir menyertai Manchester United pada 2012 apabila dihubungi oleh Sir Alex Ferguson sebelum Borussia Dortmund menamatkan rundingan dengan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan.

Menyingkap kembali sejarah, 2012 merupakan musim terakhir Ferguson sebagai pengurus United sebelum mengumumkan persaraannya sebaik sahaja mengecapi kejuaraan EPL ke-13.

Selepas daripada itu, The Red Devils bergelut dengan pelbagai isu dan gagal untuk meraih kejuaraan liga setelah melantik empat pengurus berbeza.

“Selepas tahun kedua di Dortmund, saya dihubungi oleh Sir Alex Ferguson. Dia mahu saya sertainya di Manchester,” ujar penyerang berusia 32 tahun itu ketika ditemubual France Football.

https://twitter.com/nsfooty/status/1341308272972886021?s=20

“Tentulah saya berminat, boleh dikatakan saya amat bersedia. Namun Dortmund tidak mahu melepaskan saya. Ia tidaklah terlalu mengecewakan kerana selepas itu saya menikmati karier yang baik bersama Dortmund.”

Bagi Lewandowski, adalah satu penghormatan untuk seorang pemain muda menerima panggilan daripada seorang pengurus legenda seperti Ferguson, namun beliau menganggap keputusan Dortmund pada waktu itu mempunyai hikmah di sebaliknya.

Penyerang antarabangsa Poland tersebut menikmati kejuaraan Bundesliga bersama Dortmund pada musim 2012/13 dan kemudian menyertai Bayern Munich dan menjadi salah seorang penyerang terbaik dunia pada dekad ini.

Selain menjuarai liga selama enam musim berturut-turut bersama Bayern, beliau turut membantu kelabnya itu meraih kejuaraan ‘treble’ termasuk Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada musim lepas.

Dan kemuncak kepada kariernya tentulah apabila diumumkan sebagai pemenang anugerah Pemain Terbaik FIFA bagi tahun 2020 menewaskan dua bintang ternama Cristiano Ronaldo dan Lionel Mesi.

Selain hebat di atas padang, beliau turut menitikberatkan soal pendidikan dengan cemerlang menamatkan pengajian Ijazah Sarjana [Master] dalam Pendidikan Jasmani di Warsaw’s School of Education in Sport.

Kredit Foto: Non Stop Football

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Robert Lewandowski:

Hebat Luar Dan Dalam Padang, Robert Lewandowski ‘Bolot’ Ijazah Sarjana Pendidikan Jasmani

Nagelsmann: Lewandowski Tak Perlu Berlatih, Hanya Fokus Kekalkan Kecergasan

Statistik Gila Robert Lewandowski, Penyerang Terbaik Di Dunia Ketika ini

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN