Letupan Bom Meletup Berhampiran Stadium Besiktas, 29 Nyawa Terkorban

Kami tak sangka, dan kami terkejut dengan berita ini.

Selepas tempoh hari kita digegarkan dengan berita terhempasnya kapal terbang yang membawa pasukan Chapecoense dari Brazil. Hari ini, kita semua dikejutkan dengan berita serangan bom di Turki pula.

Meletup

Semalam, terdapat 2 letupan bom yang menggegarkan bandar Istanbul. Lebih tepat lagi berhampiran dengan stadium pasukan Besiktas, Vodafone Arena.

https://twitter.com/politikbaykus/status/807676512921124865?ref_src=twsrc%5Etfw

Letupan 2 kali tersebut berlaku dalam masa yang singkat iaitu hanya dalam masa 30 saat sahaja diantara kedua-dua letupan.

Letupan tersebut telah meragut nyawa 29 orang serta mencederakan lebih 160 orang lain.

Lebih menyedihkan, 27 mangsa daripada 29 mangsa letupan tersebut merupakan pegawai polis. Sementara 2 lagi mangsa merupakan orang awam.

“Saya nampak ada percikan api marak di sebuah bas polis yang meletup itu. Apabila saya sampai di bas tersebut, saya ternampak ramai pihak polis di dalam bas tersebut.” kata Omer Yilmaz yang berada di tempat kejadian.

Polis jadi sasaran

Sehingga kini, masih tiada pihak yang bertanggungjawab di atas kejadian letupan ini.

Namun bagi penganlisis keselamatan Fadi Hakura, beliau merasakan tindakan letupan tersebut adalah tindakan yang dilakukan oleh Parti Buruh Kurdish (PKK).

Ia adalah sebahagian daripada operasi mereka untuk menyerang segala pihak yang ada kena mengena dengan kerajaan Turki.

Lebih tepat lagi, mereka menyasarkan pihak keselamatan yang ada di Turki sebagai mangsa operasi mereka.

“Tindakan mereka ini cuma menambah reputasi buruk Turki di mata dunia.”

“Apa yang mereka lakukan ini cuma menambah persepsi buruk masyarakat dunia yang Turki merupakan negara yang tidak selamat untuk dikunjungi.”

Berkabung

Kejadian letupan yang berlaku berhampiran stadium Besiktas ini telah menjadi isu nasional di Turki.

Perdana menteri Turki, Binali Yildirim telah mengarahkan kesemua bendara Turki dikibarkan separuh tiang bagi menghormati kejadian yang berlaku ini.

Selain itu, seluruh negara Turki telah diarahkan untuk berkabung selama sehari bagi menghormati pemergian mangsa-mangsa letupan tersebut.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan telah mengutuk kejadian letupan itu.

“Saya tahu kejadian ini dilakukan selepas perlawanan antara Besiktas dan Bursaspor. Namun begitu, serangan itu ternyata jelas mahu menjadikan pihak berkuasa dan orang awam sebagai mangsa.”

“Hasilnya ternyata sia-sia. Ramai yang menjadi mangsa dan cedera tanpa mengetahui apa salah mereka.”

Kejadian yang berlaku berhampiran Vodafone Arena itu dikatakan berlaku hasil daripada letupan bom menggunakan kereta.

Sementara satu lagi letupan berlaku menggunakan pengebom berani mati yang diletupkan di sebuah taman.

Kejadian yang berlaku di Istanbul ini merupakan kejadian letupan ketiga yang menggegar Turki tahun ini.

Pada pertengahan tahun, lapangan terbang Kemal Ataturk diserang dengan serangan pengebom berani mati sebanyak 3 kali dan serangan tembak yang meragut 47 orang.

Pada bulan Ogos pula, seramai 57 orang terbunuh di sebuah majlis perkahwinan di bandar Gaziantep.

Kami di Semuanya BOLA mengecam tindakan pihak yang melakukan letupan ini. Hal ini kerana mereka telah memperjudikan nasib orang awam di Turki.

Dalam masa yang sama, kami juga bersimpati dengan keluarga serta kenalan mangsa yang terlibat dalam kes letupan-letupan ini semua.

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

[adrotate banner=”27″]

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga: Tragedi Nahas Kapal Terbang Chapecoense: Mimpi ‘Leicester Brazil’ Yang Berakhir Dengan Tragedi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN