3 letupan berlaku di kawasan berdekatan dengan bas yang membawa para pemain Borussia Dortmund ketika dalam perjalanan menuju Stadium Signal Iduna Park untuk perlawanan UCL menentang Monaco.
Kejadian tersebut berlaku berdekatan dengan hotel pada pukul 7 petang. Pemain pertahanan Dortmund, Marc Bartra disahkan tercedera akibat letupan tersebut.
Marc Bartra serta merta telah dikejarkan ke Hospital. Ibu Bartra yang dihubungi oleh Radio Cope di Sepanyol juga mengesahkan yang anaknya terkena sedikit letupan tersebut.
Laporan dari pihak Dortmund menyatakan pemain tersebut hanya mengalami kecederaan ringan. Manakala, pemain-pemain lain pula tidak apa-apa.
UEFA telah mengambil keputusan menunda perlawanan tersebut kerana pasukan Borussia Dortmund masih dalam kesulitan kerana isu ini.
Satu mesej khas dipampang pada papan elektronik di dalam Stadium Signal Iduna Park tentang kejadian tersebut dan juga pengumuman tentang penundaan perlawanan itu.
Perlawanan tertunda ini akan dilangsungkan pada Rabu ini. Borussia Dortmund mengesahkan bahawa stadium mereka bersih daripada sebarang ancaman bom.
Baca juga: Simon Mignolet: Awalnya Disisih Sepi Kini Dijulang Sebagai Wira