SPRM Cari Khairul Anuar Baharum Untuk Bantu Siasatan

Astro Awani melaporkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sedang memburu seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan yang dikenali sebagai “Ah Chong”.

Ia bagi membantu siasatan melibatkan kes mengatur perlawanan Liga Perdana Malaysia.

Saksi yang dikenali sebagai “Ah Chong” di kalangan pemain bola sepak tempatan adalah Khairul Anuar Baharum.

Khairul Anuar Baharum ketika menyarung jersi Selangor.

Khairul diminta untuk hadir ke ibu pejabat SPRM serta merta.

Ini untuk membantu siasatan berhubung 3 pemain Malaysian Indian Sport Council-Malaysia Indian Football Association (MISC-MIFA) yang didakwa menerima suapan dengan niat mengatur perlawanan membabitkan pasukan terbabit.

Perintah tahanan reman terhadap 3 pemain MISC-MIFA tersebut dikeluarkan oleh Majistret A. Akhiruddin Acho pada 6 April yang lalu sehingga 12 April ini mengikut Seksyen 117 Kanun Ta­tacara Jenayah agar siasatan di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009 dapat dijalankan.

Khairul Anuar Baharum pernah beraksi untuk Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, PDRM dan beberapa pasukan lain di Liga Malaysia.

Khairul Anuar Baharum pernah terlibat dengan insiden menanduk pemain T-Team, Haris Safwan pada tahun 2010.

Karier bersama skuad kebangsaan, menyaksikan Khairul Anuar Baharum membuat penampilan sebanyak 36 kali daripada tahun 2001 sehingga tahun 2009 dan menjaringkan satu gol sepanjang bersama Harimau Malaya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang Ah Chong diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penguasa Mohd Fadzli Aliad di talian 03-88867000 atau 018-2744533.

Baca juga: Jersi & Barangan Skuad Kebangsaan Mula Disimpan Di Stor JMF

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN